~....ROSELLE & BOUGAINVILLEA ....~

"Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice, it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved."

Thursday, August 20, 2009

Pantun Berkasih Khas Untuk Mel

Posted by Roselle

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Hilang emak hilang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga

Petik sayur si daun maman
Makan berulam daun pegaga
Habis tahun berganti zaman
Kasih adinda kunanti jua

Hijau nampaknya Bukit Barisan
Puncak Tanggamus dengan Singgalang
Terbang nyawa dari badan
Kasih di hati takkan hilang

Burung merbuk membuat sarang
Anak enggang meniti di paya
Tembaga buruk di mata orang
Intan berkarang di hati saya

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan nyawa saya serahkan

Anak campuran Cina-Melaka
Pulang ke rumah di Bukit Pekan
Andai kena dengan cara
Nyawa dan badan saya berikan

Anak ruan tidak terluang
Benang sutera di dalam buluh
Hendak buang tidak terbuang
Sudah mesra di dalam tubuh

Kain cindai dilipat-lipat
Lipat mari tepi perigi
Kalau pandai Tuan memikat
Burung terbang menyerah diri

Kiri jalan kanan pun jalan
Sama tengah pokok mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu

Pucuk pauh batangnya pauh
Di tengah-tengah pokok mengkudu
Adinda jauh kekanda pun jauh
Sama-sama menanggung rindu

Sayang Musalmah pergi ke taman
Hendak memetik sekuntum bunga
Sudah ada dalam genggaman
Bilakah dapat hidup bersama?

Anak haruan berlima-lima
Mati ditimpa ponggor berdaun
Kasih cik adik saya terima
Menjadi hutang beribu tahun

Sayang pelanduk di luar pagar
Mati ditembak patah kakinya
Tujuh tahun gunung terbakar
Baru sekarang nampak apinya

Tajam kapak dari beliung
Hendak menebang kayu berduri
Tuan laksana kemuncak payung
Saya di bawah menyerah diri

Hujan panas turun berderai
Guruh menyambar pohon jati
Kasih sayang tak boleh bercerai
Bagaikan rambut bersimpul mati

Kalau Tuan pergi ke Jambi
Ambil air Cik Tahir jurubatunya
Kalau Tuan hendakkan kami
Bakar air ambil abunya

Beli cempedak dari Juana
Mari dibelah di atas tudung
Jika berhajat menyunting bunga
Jumpa wali di atas gunung

Buih kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidakku lupa pada yang kasih

Tebang gelam tebang kenanga
Batang tumbang menimpa gadung
Kumbang mengidam nak seri bunga
Bunga kembang di puncak gunung

Limau purut lebat di pangkal
Batang selasih condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati kasih apa ubatnya?

Layang layang terbang melayang
Jatuh di laut melayang layang
Siapa bilang saya tak sayang?
Siang malam terbayang bayang

Langit cerah awan membiru
Dinihari embun pun jatuh
Sakit sungguh menanggung rindu
Di dalam air badan berpeluh

Anak beruk di kayu rendang
Turun mandi di dalam paya
Huduh buruk di mata orang
Cantik manis di mata saya


Beginikah rupa neraka...????

Posted by Roselle




azid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s..a.w.:

'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya:

'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda:

'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'



Jawabnya:

'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

p/s : imej ini diambil dari sebuah satelit dalam jarak 5000 km..cube korang lihat part hitam pada matahari tu..same mcm yg ader dalam hadith nie..klu ikutkan kan logik akal cmner api yg menyala boleh jadi warna hitam...sekarang bukti dah adekan...anda fikirlah sendiri...

Wednesday, August 19, 2009

Resume

Posted by Roselle

Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Malaysia Airlines System
21 Okt 2004

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p
831021-10-8888 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuandalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini.

Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalahseorang ahli KWSP.Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3.AkademikSijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-200
Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut LatihanPerindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia .

4. Pengalaman kerja· Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak·
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, KualaLumpur

(kedai gemok)p/s (alignment kat situ tipu)·
Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja di syarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan.

Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. '

Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja.Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yangamat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segalanya bermula & berakhir dgn baik.

Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai. Sekian terima kasih.Sekian, terima kasih

Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan ¾Taman Bukit Indah
68000 AmpangSelangor

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Posted by Roselle



Kepada semua kawan-kawan, khususnya rumate sdr. Redzuan@chamrai, budak2 IPGM Kampus Tun Hussein Onn, budak asrama blok 06 (tengo, skema, mambra, chengmai, toto, kundor, sweet, tongkang, panjang pekik, dogoi, loto n jalak,) kawan2 yang mengenali diri ini khususnyer kawan2 D&T 1 (ustad, acap, lobe, tajen, ijat kasanova, paam, panjang YM, longan, kadir, lela, amoy, arm , nas google, elaine, lee lin, ah yeu, pui sue, shareen n yen san) xlupe kepada tutor peribadi Mr. Ghaz n kepada len2 kawan yg mengenali diri ini (kak intan, kak ati, Saadah, ana, cikin, nisaa, ina badang, aida, intan, patin, ecah n da geng)...huhuhu ponek den tulih...dan xlupe kepada yang paling teristimewa dalam hidup ini..mak, kak long, kak ngah, kak lang, sume abg2 ipar, Saudari Mashitah@Mel, Sdr. Hanis dan Sdr. Suhaimi....

sy ingin mengucapkan selamat berpuasa,,,,marilah kita mengejar kelebihan bulan Ramadhan,,amal maaruf nahi mungkar.....POSA JANGAN XPOSA..RAYE DATANG LA UMAH..HEHEHEHEHE....

Kasih seorang ibu

Posted by Roselle



KASIHNYA IBU...


" Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."


Ps :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya .

Tuesday, August 18, 2009

Kucing yg giler duit

Posted by Roselle


hahahaahahaha........... =p

: :....Kepada Mel....: :

Posted by Roselle

Peringatan dari admin Roselle :-

wah..wah..wah..lame xpost nampak..senang-lenang nampak...minggu nie mesti post..klu xpost kene ea...


Yang Benar..

Admin (Roselle)

Friday, August 14, 2009

Carilah ilmu yg boleh memberi manfaat

Posted by Roselle

Pada suatu masa dahulu, ada 3 orang pemuda yang pandai dan tinggi pengetahuan mereka. Pemuda pertama dah belajar dari banyak universiti, dari yg dalam negara, sampai seberang laut, hinggalah ke dalam laut. Pemuda kedua ni belajar di berbilang-bilang tempat dari US ke UK sampailah ke Timbaktu. Pemuda ketiga pun begitu lah juga, semuanya tinggi tahap ilmunya.

Tiba masa cuti universiti, mereka ni pun nak pulang ke kampung. Asal dari kampung yang sama mereka ni. Untuk ke kampung tu, diorang kena naik perahu merentas laut sebab kampung diorang kat pulau. Kebetulan mereka sampai ke jeti serentak, maka naiklah mereka bertiga dalam satu perahu yang sama dengan seorang pakcik pendayung perahu tu.

Dalam perjalanan, ketiga-tiga pemuda ni nak tunjuklah mereka pandai, dan cuba nak uji pendayung sampan. Pemuda pertama pun tanya pada pakcik pendayung.

“Pakcik… Pakcik tahu tak apa dia kamiran bagi x? Atau the integration of x?”

“Err, pakcik ni tak tahu apa-apa kemahiran lain, dayung sampan pakcik tahu lah”, jawab pakcik. Dia ingat kamiran tu kemahiran.

“Apalah pakcik ni, benda simple macam ni pun tak tahu. Integration of x is x2/2″, balas pemuda pertama dgn bongkak.

Giliran pemuda kedua pula tanya. Pemuda kedua ni belajar medic.

“Pakcik… Pakcik tahu berapa BP normal kita?”

“Err, kalau nak ke BP tu arah sana. Batu Pahat dalam beberapa batu je dari sini”, jawab pakcik tu.

“Apalah pakcik ni, BP tu blood pressure, normal dalam 120/80″, terang pemuda kedua yang juga bongkak.

Pemuda ketiga pun teringin nak menunjukkan kepandaiannya.

“Pakcik… Pakcik tahu tak berapa ramai penduduk London?”

“Err, manalah pakcik tahu, nak.. Pakcik ni, London tu memang pernah dengar, tapi Kuala Lumpur pun pakcik tak pernah sampai”, jawab pakcik tu sedih.

“Apalah pakcik ni, London’s population dalam 8 juta orang”, jelas pemuda ketiga.

Lalu mereka bertiga-tiga ni pun mengetawakan pakcik ni sebab soalan-soalan mudah ni pun dia tak tahu. Ha ha ha.

Tiba-tiba, langit yang cerah menjadi gelap. Awan hujan mula berkumpul, angin makin kencang dan ombak makin mengganas.

Pakcik ni lantas bertanya kepada 3 pemuda ni. Satu soalan yang ringkas,

“Nak… anak bertiga ni tahu berenang tak?”

Ketiga-tiganya menggeleng serentak.

Lalu, ribut pun datang melanda dengan dahsyatnya, perahu yang diorang naik tu pun terbalik. Hanya pakcik pendayung perahu je yang selamat, ketiga-tiga pemuda tu mati lemas dilambung ombak.

Kesimpulan dari cerita ni, carilah ilmu yang boleh menyelamatkan kita. Ilmu yang dimaksudkan, terang ustaz tu, ialah ilmu agama. Itu yang akan menyelamatkan kita dari dugaan dunia dan menjadi pelindung di akhirat. Rugilah kita kalau kita asyik sangat kejar ilmu duniawi, dan bermegah-megah dangan apa yang kita tahu, sedangkan kita mengabaikan ilmu yang lebih penting, yang dapat menjamin kesejahteraan kita, semasa hidup dan selepas mati.

Nukilan OnDaStreet: Kita terkadang leka dan terlupa, bahawa ilmu yang kita ada ini hanya amat sedikit berbanding potensi jumlah ilmu yang ada di dunia ini. Dari satu perspektif, pakcik sampan itu “bodoh” atau “kurang bijak”, hanya pendayung sampan dan tahu berenang. Setidaknya, jika sampan itu karam (sebagaimana dalam kisah ini), dia dapat berenang.

Begitu juga dengan 3 budak itu. Ilmu mereka berguna tika berada di dalam keadaan ilmu itu boleh digunakan. Mungkin bagi budak pertama itu, ilmu itu “menyelamatkan” dia tika menghadapi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ilmu matematik. Ilmu budak kedua pula “menyelamatkan” dia ketika berhadapan dengan pesakit. Ilmu yang dimiliki budak ketiga pula berguna ketika membuat kaji selidik mahupun apa jua yang memerlukan pengetahuan sebegitu.

Pokok pangkalnya, ilmu itu berguna tika ianya diperlukan. Kerana itulah, janganlah ilmu kita setakat yang asas dan Fardhu ‘ain, yang Fardhu Kifayah juga diperlukan. Jika kita hendak memakmurkan bumi ini, selain menunaikan kewajipan sebagai hambaNya, kedua ilmu duniawi dan ukhrawi diperlukan. Akan tetapi jangan takbur dan lupa diri, sudahlah! :)

Sama-samalah kita ambil iktibar dari kisah yang dinukilkan ini. Biarpun tidak disertakan dengan dalil naqli, setidaknya hikmah disebalik kisah ini kita ambil, teladani dan bertindak sewajarnya.

Wallahualam…

Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri vokalis kumpulan Rabbani meninggal dunia.

Posted by Roselle


Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini. .Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

Tuesday, August 11, 2009

Rileks Otak

Posted by Roselle

Cerita 1

Otak Seorang Mat Rempit

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah
mendapat habuannya.
Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah
tercucuk di kepalanya.
Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak,
pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.


Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat
kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya.
"

Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana
pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya'Allah pun pak cik tak
sebut?".


Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang
TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi
merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!". heheheeeee.. .

Cerita 2

Badak dan monyet (sape lagi bijak dan kejam??!) Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..

Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah seekor jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.


Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.


Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson

Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam...

Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe

Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei

Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..

Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"

Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".


Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malayanihh..

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.


Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....

Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah""

Moral: Jangan kawan dengan monyet

Teka teki teka tekuk

Posted by Roselle

1. Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?

Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air
terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

2. Banyak- banyak binatang…binatang apa keluar haid…

jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu…keluar HEAD….tak paham jugak.ala kepala le..

3. Dlm bnyk2 binatang….. bntg ape yg bertelur dan beranak…..kira 2 alam la

niiii….. ha jwp2…. …siput babilaaaaa…..ye la siput bertelur…babi beranak….

4. Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?

Jawapannya ialah Sungai Besi…Ha…ha…ha…

5. Kereta dengan motor, mana lebih tua?

jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat…

6. Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?

jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

7. Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin…

huruf TA dan YA laa… kan jadi TAYAR tu

8. kasut apa yang paling keras?

Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa…muhahaha..lawak ka?

9. Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?

jawapannya ialah meter bas tulah

10. Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin …ahhh sape dapat jawab????

jawapannya ialah…huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara
pasangan bercinta lerrr ..hehehehe

11. Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa?

orang india tu jatuh lah…. keh keh keh!!!

12. Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu dibagi pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?…kes kes kes kes korang mesti lemah IQ kan ..

jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau
tak…hehehhe mesti dapat sorang sebiji

13. benda apa kalau naik tak turun dah?
jwpn dia umur la.ish…ish…

14. KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR HADAPAN?
SEBABNYA IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT
TAYAR HADAPAN

15. cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?

jawapannye betina ler..pasal dia pakai pad.hehe

16. Ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam hutan.Suatu ketika,mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh.Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah………

Gajah patah apa rasanya ya???? Gajah PATAH BALIK kot!

17. Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari

lembu yang hilang lah . kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.

18. Hidupan apa didalam laut paling tua.

jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut..ha–ha–ha–ha–

19. Cube teka ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri…….?

jawapannye tapak kaki la……

20. Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu…

jawapan nyer :ikan sardin.sebab nyer dier duduk dlm tin..

21. ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU ANDA PERLU TUTUP DAHULU?

JAWAB..JAWAB JGN TAK JAWAB..DUA-DUA..SALAHLA.. TAK TAHU..TENTULAH HIDUNG..

22. APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG?

HA JAWAPANYA MESTILAH KACANG PANJANG KAN. TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK TAK SESUAI TAU. hehe..

Harga seorang anak dan kereta..mana lebih berharga

Posted by Roselle

ingatlah....marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak
keterlaluan..............

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk
bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah
dia
sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik
bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya...
kerana kereta
itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal
ke
tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya
gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan
sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari
si
pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta
yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si
bapa
yang
belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
Pembantu
rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga
beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis
tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan

"Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau
buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar
dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan !"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang
hilang
sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus
dipukul
bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak
tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma
mendiamkan

diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup
rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah
menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak
tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air
sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan
kepedihan
sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian
menidurkan
anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu
rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang
menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar
anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara
si
ibu
juga
begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia
menutup
semula

pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu
badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya
itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor
mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu
teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku
ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata
itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu
meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan
habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat
kedua-dua

tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke
wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua
menangis..

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam
linangan air mata..

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak
mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali
membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu
rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti
histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak
buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji
tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si
ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada
manusia dapat menahannya.

ANTARA ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH BEHARGA…

Friday, August 7, 2009

Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Posted by Roselle

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya
(Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "; Murid 2 = " Guru ";
Murid 3 = " Teman "; Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "; Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "; Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU .
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "; Murid 2 = " Matahari "; Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "; Murid 2 = " Besi "; Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"; Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "; Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”.

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di > dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA.
Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

Thursday, August 6, 2009

Mancing....

Posted by Roselle

Hari nie merupakan hari yang sungguh memenatkan...mula2 memang xder plan nak pegi memancing ikan (bukan pompuan ye mel.hehe)...tp tibe2 rumate aku ajak g minyak beku...memula sweet ajak g nengok GIjoe..tp bile pikir blk mcm lg best g mancing...aku pun start pancing sweet suh die ikut same..ckp jer ader wat BBQ..beliau dengan rase bersemangatnye bersetuju sebulat suare nak g...hihihi
suasan kat situ memang best klu nak mancing..wat BBQ pun sesuai gak..tp malang gak la bagi kami sebab time kami datang tu air bl0m pasang lagi...huhuhu..ikan pun agaknye nga tido lagi...tapi yang peliknyer saudara kundur xtido plak kali nie..huhu
menu BBQ kali ni memang membuka selera...lagi2 klu mkn ramai..huhuhu..benda free memang best kan..btul x kawan2..!!!?tp malangnyer saudara kundur kelihatan amat kecewa hari ini kerana lupa bawak dapur peribadi beliau..beliau telah mencover kekecewaan beliau dengan menutup muka ala2 indon mesen rumput.
kami sume berasa sungguh bertuah kerana saudara sweet selaku AJK makanan asrama blok 06 sudi meluangkan mase untuk menyediakan BBQ untuk kami sume..beliau dengan berbesar ati telah mensponser ayam BBQ ari nie..hehe..beliau memang seorg yg cekap memasak dan kerana berpengalaman menjadi tukang masak tentera lbeh 20 taun...lihat cara beliau pegang penyepit tu dah terserlah skill beliau..huhuhu
ape2 pun..hari nie memang best la...disamping dapat memancing dengan hati yg gembira dan kecewa..kite org dapat gak nengok org wat baby.....hihihihi.....port kat sini memang baik punyer klu nak wat projek..siang2 pun menjadi..huhuhu

Puisi Suami Untuk Isteri Untuk Kahwin Lain

Posted by Roselle

Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu……
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain…

Balasan Puisi Suami daripada Isteri
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan….

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah….!!!

Kisah Suami Isteri

Posted by Roselle

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulanselepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahunkemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anakmereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman...
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...
Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

Moral of the story: Jadilah diri sendiri..

..:Roselle Partner:..

..:Betapa Bijaknya Cikgu Sains:..

Posted by Roselle

Tiga orang guru matematik dan tiga orang guru sains pergi kursus bersama menaiki keretapi. Di stesen keretapi tiga orang guru matematik membeli tiket mereka masing-masing tetapi guru2 sains pula hanya membeli satu tiket sahaja.

"Macamana kamu boleh pergi kalau hanya beli satu tiket untuk kamu bertiga?"..Tanya salah seorang guru matematik kepada guru sains..."Kamu tengok jela nanti" Jawab guru sains ringkas.
Mereka berenam menaiki kedalam keretapi. Guru2 matematik duduk di tempat masing-masing dan kelihatan guru2 sains berhimpit2 masuk kedalam bilik air. Setelah keretapi bertolak konduktor keretapi berjalan mengutip tiket, dia mengetuk pintu bilik air dan berkata "TIKET!..TIKET!". Pintu terbuka dan hanya sebelah tangan kelihatan menghulurkan tiket. Konduktor tersebut mengambil dan beredar. Guru matematik melihat adegan tersebut dan merasa bahawa guru2 sains tersebut amat bijak.


Setelah selesai kursus guru2 matematik ingin mencuba cara guru sains buat lalu hanya membeli satu tiket untuk pulang. Tetapi yang pelik nya guru2 sains tersebut lansung tidak membeli walau satu tiket...Lalu guru2 matematik kehairanan dan bertanya "Macamana kamu nak balik kalau lansung tidak membeli tiket?"..Dengan bongkak guru sains menjawab "korang tengok je la nanti"...

Setelah mereka menaiki keretapi guru2 matematik berhimpit di bilik air dan guru2 sains juga berhimpit masuk ke dalam bilik air yang lain. Dan keretapi pun bertolak...Setelah seketika salah seorang guru sains keluar dari bilik air dan pergi kedepan pintu bilik air yang guru2 matematik bersembunyi. Guru sains itu mengetuk pintu bilik air tersebut dan berkata "TIKET..TIKET"....

...:Roselle Partner:..

Wednesday, August 5, 2009

Baju Cinta

Posted by Roselle

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru
berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati
cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..

"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek.
"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu
suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di
hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru
si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat
idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat
mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,
mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si
nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang.
Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA???.... .. Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!!
nampak sangat kedutnyer... .."

akakakaka... ......... ......... .

Budin dengan kucing

Posted by Roselle

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah
dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu
jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan
itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela
seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing
terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah
lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.
Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok
berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat
rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya,
Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi ,
Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam
karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya
sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok
tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan
siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan
sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan
Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa
si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya
mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja,
alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi
jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan
ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,
segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok
dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar…

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi…

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni “

An Email to Bill Gates from Indian Customer

Posted by Roselle

From : Mr. Suresh Singh of Tamil Nadu, India
To: Mr. Bill Gates of Microsoft
Subject: Problems with my new computer

Dear Mr. Bill Gates,

We have bought a computer for our home and we have found some
Problems, which I want to bring to your notice.

1. There is a button ’start’ but there is no ’stop’ button. We request you to check this.

2. We find there is ‘Run’ in the menu. One of my friends clicked ‘run’ he ran up to Amritsar ! So, we request you to change that to ’sit’, so that we can click that by sitting.

3. One doubt is whether any ‘re-scooter’ is available in system? I find only ‘re-cycle’, but I own a scooter at my home.

4. There is ‘Find’ button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this ‘ find’ button, but was unable to trace. Please rectify this problem.

5. My child learnt ‘Microsoft word’ now he wants to learn ‘Microsoft sentence’, so when you will provide that?

6. I brought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows ‘MY Computer’: when you will provide the remaining items?

7. It is surprising that windows says ‘MY Pictures’ but there is noteven a single photo of mine. So when will you keep my photo in that.

8. There is ‘MICROSOFT OFFICE’ what about ‘MICROSOFT HOME’ since I use the PC at home only..

9. You provided ‘My Recent Documents’. When you will provide ‘My Past Documents’?

10. You provide ‘My Network Places’. For God shake please do not provide ‘My Secret Places’. I do not want to let my wife know where I go after my office hours.

11. Why is it that your name is Gates but u are selling WINDOWS

Orang gemuk mudah diserang H1N1

Posted by Roselle

WASHINGTON: Orang yang gemuk namun sihat mungkin berisiko khas menghadapi masalah kesihatan lebih teruk termasuk kematian akibat virus selesema babi (H1N1), lapor penyelidik Amerika Syarikat, kelmarin.

Mereka mendedahkan kes 10 pesakit di sebuah hospital Michigan yang terpaksa diberi bantuan pernafasan, tiga daripadanya maut.

Selain itu, sembilan daripada mangsa terbabit adalah dalam kategori obes, tujuh orang dalam keadaan kegemukan sederhana termasuk dua daripada tiga yang maut.

Kajian itu diterbitkan bagi laporan mingguan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit CDC) berhubung kematian dan penyakit, turut mencadangkan doktor boleh menggandakan dos biasa ‘oseltamivir’, ubat antiviral Roche AG yang dijual atas jenama Tamiflu.

“Kes mereka membawa pandangan bahawa komplikasi teruk boleh berlaku apabila mereka dijangkiti virus itu terutama di kalangan pesakit yang obes teruk,” kata pakar virus CDC, Dr Tim Uyeki.

“Lima daripada pesakit itu mengalami darah beku dalam paru-paru. Ia sebelum ini tidak diketahui berlaku terhadap pesakit yang teruk kerana virus influenza,” kata Uyeki dalam temubual telefon.

Dr Lena Napolitano dari Pusat Perubatan Universiti Michigan dan rakannya mengkaji kes 10 pesakit itu yang dimasukkan ke unit rawatan rapi universiti dengan sindrom kesukaran pernafasan teruk disebabkan jangkitan H1N1.

“Daripada 10 pesakit, sembilan obes (dengan indeks jisim tubuh lebih 30), termasuk tujuh yang obes melampau (BMI lebih 40),” menurut laporan mereka.

Kajian mereka tidak direka untuk melihat jika obesiti atau punca lain memberi faktor risiko khas bagi selesema. Namun, penyelidik terkejut atas apa yang berlaku kerana tujuh daripada 10 pesakit obes melampau.

Malah, sembilan daripada mereka mengalami kegagalan pelbagai organ yang biasa dilihat selepas jangkitan influenza namun lima mengalami darah beku pada peparu dan enam lagi didapati kerana buah pinggang gagal berfungsi.

Tiada seorang pun daripada mereka pulih sepenuhnya, kata penyelidik. Virus selesema babi pertama kali muncul di Mexico pada Mac lalu sebelum merebak di luar kawalan di Amerika ketika sedang dikenal pasti April lalu.

H1N1 begitu mengancam hingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan pandemik, Jun lalu. Selesema boleh menyebabkan penyakit sederhana dan semua virus influenza boleh membawa maut, termasuk H1N1 yang mengorbankan hampir 500 orang di seluruh dunia, lebih 200 di Amerika saja.

Virus baru itu sedikit berbeza daripada selesema bermusim kerana merebak pada musim panas, menyerang dewasa dan kanak-kanak serta mungkin menjejaskan tubuh pesakit.

Tuesday, August 4, 2009

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang

Posted by Roselle

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!