~....ROSELLE & BOUGAINVILLEA ....~

"Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice, it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved."

Thursday, October 22, 2009

Memori bulan pose...

Posted by Roselle

Ini adalah antara bahan utama untuk membuat rendang. Bagi kawan-kawan pompuan yang xtau sebab xreti masak, bahan ini dinamakan kerisik..xder kerisik nie rendang xjadi..kerisik merupakan antara bahan yang paling susah nak disediakan..huhuhu..


Sementelah ahli keluargaku sibuk membuat persiapan lemang dan rendang..si baby nie begitu asyik dibuai mimpi dalam buaian..klu x die duk mengacau jer...


Rendang original negeri sembilan yang dimasak oleh Chef Masliza iaitu Kak Ngah aku..hehe..rendang nie memang sedap..maka tak hairanlah menjelang raya ke-2, rendang nie dah licin..huhuhu


Bak kata pepatah...malang tidak berbau..itulah yang terjadi keatas lemang abang ipar aku yang tiba-tiba rebah menyembah bumi..Mak aku selaku otai kat situ dan merangkap Ketua pasukan terpaksa turun padang dan membantu menyelesaikan masalah.


3 anak dara pingitan yang buat-buat rajin tatkala kamera difokuskan kepada mereka...huh...die orang nie bukan bole harap sangat..pose jer yang lebih...huh..mel jugak yang rajin bangat.



Kak ngah aku selaku chef bahagian rendang sedang bertungkus-lumus menyiapkan rendang walaupun beliau hampir-hampir terbuka posa akibat terdedah kepada haba api terlalu lame..=p

P/S : Raya tahun nie aku rasa memang meriah..sebabnya aku pun banyak jugak dapat duit raye..tapi malangnyer Mel xmau datang beraya kat umah aku..eleh,,die tue cakap jer lebih..bukan berani pun nak datang..huh..=p

Tuesday, October 13, 2009

KTP IPGM Tun Hussein Onn

Posted by Roselle



Mesti korang jeleskan nengok gambar tu..haha..gambar tu bukan menunjukkan yang aku merupakan pemilik motor 750cc tu..aku hanya menumpang populariti motor tu yang terkenal dikalangan mat2 rempit.haha..

acara merentas desa yang dijalankan pagi tadi berjalan dengan amat meriah sekali dengan kawalan marsyal yang berwibawa seperti aku..telah sekian lama aku xpenah pun terlibat dengan larian merentas desa..aku takut nanti piala pusingan tu tak berpindah tangan..asyik aku jer yang menang..susah gak..nanti ader plak orang yang dengki ngan aku..nanti ader plak yang anto santau angin kat aku..huhu..aku bukan la nak membanggakan diri aku yang riak nie..tapi itu la kenyataannye..

jadi sebagai jalan penyelesaiannye..aku mengambil jalan mudah dengan menjadi marsyal kawalan lalu lintas..aku harap tindakan aku yang amat bijak nie akan membuatkan semua pihak berpuas-hati..hehe..

tanggungjawab sebagai seorang marsyal lalu lintas nie bukan la mudah..walau pun korang nengok aku berlegar-legar naik motor sambail men'anjing' korang yang terpaksa berpenat lelah dan berpeluh-peluh berlari...tapi sebenarnye aku mempertaruhkan nyawa aku mengawal keselamatan korang dari dilanggar kenderaan dan dikejar anjing kat belakang taman tue (aku la makhluk pertama yang kene kejar ngan anjing tu..shial betul..)

aku tau korang cakap aku ngelat nak berlari dengan korang..tapi nak buat camner..tenaga aku lebih diperlukan dibahagian keselamatan...jadi aku tak bleh nak mengelak la..hihihi..yang aku mampu buat sekarang ialah memberi sokongan moral kat korang..memang la korang nengok aku syok jer naik motor follow belakang korang..tapi yang sebenarnye jauh didalam hati aku..aku amat2 risau ngan kesemalatan korang yakni kawan2 aku yang tersayang..hihihi.. =p

ok la..sampai sini jela coretan dari hati aku khas buat kawan-kawan tersayang..buat kawan-kawan yang masuk acara KTP taun nie..teruskan usaha..jaga keselamatan..jangan sampai aku terpaksa wat CPR kat korang khususnye atlit-atlit wanita (jangan marah mel..hihi)..

sayonara.......

Sunday, October 11, 2009

Biar Betul??!!!

Posted by Roselle

Salam 1 Malaysia sume...

Ermmm...jam di tangan kiriku menunjukkan jam 4.15 pm waktu Malaysia...hati kecilku berkata " mane la kawanku ni, janji nak amik 4.30...ni da pukul bape ni..

Selang beberapa saat kemudian..TING TONG..(handset ku berbunyi)..
-->lambat ckt la, dlm kul 5 smpai.....(huh, aku dah siap da ni, cair la mekap aku kalo gini)...nasib baik Roselle jenis yg menepati waktu, kalo tak.....##!!! arghhh, dgn hati yang rela terpaksa la aku menunggu..

Tepat jam 5pm, btul2 my fren dtg amik...kami pun dgn riang gumbira pergila ke suatu tmpt...nak tau g mane?..OPEN HOUSE kat area Hulu Langat.

Tak sempat nak memanaskan P...g..g, dah sampai...la, dekatnye...
Kami pun turun dari kete then menuju ke sebuah rmh yang siap ada kanopi kat dpn rmh dia... warne pink lagi, punye la byk kete n ramai gak la tetamu yg hadir..wah, gempak btl open house dia, tetamu bkn calang2 org.

Dengan sopan santun kami pun menuju ke rmh jemputan. Asal ha sume org pandang kite? lawa sgt ke kte hari ni? kami pun selamber ke jln dgn punuh sifat kewanitaan. Now, ktorg kat pintu pagar da..tgl nak masuk je lg...

JENG..JENG..JENG..

Tibe2...eh, tu pelakon Zaidi Omar tu kan?..kawanku menjawab, "haah la..." Zaidi Omar menghampiri kami...kami pun pusing ke belakang..aik, N.D. Lala pun ada kat sini? eh, yang kat sane pun macam kenal gak la...ramainye artis....ALAMAK...aku rase da salah rmh la,,sebelum N.D. Lala dtg kat kte bek kte cabut dulu...lari!!!!!!!!

Kitong pun jalan la selaju-laju yg boleh keluar dari situ sambil ketawa besar2an..wei, salah rumah la!!!!!! Diorg pun pelik je tgk nape dah dtg tibe2 balik..then ktorg kol la mem ktorg. memang sah la da salah rmh, silap masuk lorong...taman da btl da..kahkahkah..(sambung gelak dlm kete).hahaahahahaha....

Moral of the story: Jgn la bertindak mengikut perasaan..

..:Bougainvillea:..

Percaya ke?

Posted by Roselle

hari ni dah hari ahad...sekejapnye mase berlalu. (pejam celik)2 dah genap seminggu..pastu sebulan..tahun..dekad..abad..

ape hala tuju korang dalam hidup ni?????adakah sekadar hidup sebab dah dilahirkan,so terpaksala hidup jugak atau hidup ni enjoy semata2...menikmati keindahan dan keseronokan dunia ni.. hidup kite ni mesti la ada matlamat, takdelah susah2 mak korang melahirkan korang kat dunia ni..ingat senang ke nak melahirkan korang ha? g la tanye mak korang tu skrg jugak, tak cukup kedit nak kol sms pun bleh gak..

sepanjang dah berapa puluh thn aku hidup ni, skrg aku mula megerti apa erti kepercayaan..bukan setakat rukun negara je tapi camne bleh percaya kepada org yang kite rase bleh percaya...kalo kite da percaye kat seseorang tu, mesti percaya gak walaupun die tu sedang menipu kite...btul tak? ( setakat ni takdela terasa ditipu) walaupun tak nmpk depan mate...ape yang aku faham kepercayaan mesti la seiring dengan kejujuran. kalo xde kejujuran cmne bleh percaya? wat ape2 pun takkan sampai ke mane2..lambat laun terkantoi gak..

bagi sesiapa yang sedang menjalinkn hubungan ketika ini, percayalah pada pasangan anda....chewah..taknak la jiwang2, gerli..dalam setiap perhubungan mestilah ada kejujuran, disitulah lahir rase kepercayaan..kepada org yg dipercayai, percayalah kejujuranku....

..Bougainvillea:..

Friday, October 9, 2009

..:Sindah Nama:..

Posted by Roselle

Sesuci Hati Mashitah
Album : Emas AwananMunsyid
: Saff Onehttp
://liriknasyid.com

Tinggi pekerti darjat kemuliaan

Kekuatan iman tunggak jati diri
Tidak terhakis iman di dada
Walau nyawa menjadi taruhan

Tiada gerun tiada gentar
Kepada Firaun raja yang zalim
Mengaku dirinya sebagai Tuhan
Membunuh mereka yang beriman

Mashitah, Mashitah..
Dirimu wanita mulia
Mashitah, Mashitah
Dirimu pembela agama
Hukuman Firaun tidak mengubah
Rasa cintamu terhadap Islam
Menerima hukuman dengan redha
Menyerah diri pada Yang Kuasa

Mashitah, Mashitah
Dirimu wanita mulia
Mashitah, Mashitah
Dirimu Pembela agama
Lambang keagungan cinta Mashitah
Kepada Ilahi

Pusaranya harum mekar mewangi
Bersama para solihin
Kuasa Allah atasi segala
Anak kecil mampu bersuara
Dipujuk ibunya moga bersabar
Mashitah tiada gentar

Lagu : Qhalid SaffOne/ Fadzli Far East (Telaga Biru)
Lirik: Nur Hazma (Telaga Biru)

..:Bougainvillea:..

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan (Part 1)

Posted by Roselle

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah beliau..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang
berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum
solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung
dengar…kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat
pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please advise..


bersambung.....

..:Bougainvillea:..



Thursday, October 8, 2009

Asal Usul Adat Perpatih (Final)

Posted by Roselle

Final...

Mengikut cerita selanjutnya, Puteri Seri Banun yang sedang bunting sulung itu pun di baringkan di bawah bahtera itu sebagai penggalangnya. Kemudian orang ramai menolak bahtera itu ke air. Tetapi dengan takdir Tuhan, ketika bahtera itu ditolak oleh orang ramai maka satu keajaipan berlaku dimana bahtera itu terangkat sendiri lalu masuk ke dalam laut. Ada yang percaya Jin Sakti Muno yang mengangkat dan menolak bahtera itu ke laut kerana syarat telah dipenuhi.. Dengan ini terselamatlah Puteri Seri Banun dari menjadi korban bahtera tersebut. Dan sebaik sahaja bahtera itu berjaya dilancarkan maka Seri banun pun melahirkan seorang anak lelaki lalu di beri nama Batin menggalang.Setelah lama belayar akhirnya Datok Perpatih sampai ke Negeri Sembilan lalu mereka pun mencari kawasan yang sesuai untuk membuka negeri. Setelah perkampungan baru berjaya diwujudkan maka Datok Perpatih telah menyusun semula adat perpatih untuk disesuaikan dengan keadaan setempat. Antara peraturan baru yang diguna pakai oleh Adat Perpatih ialah segala harta pesaka hendaklah diserahkan kepada anak perempuan. Ini sebagai mengenang jasa Seri Banun yang sanggup menjadi penggalang bahtera Datok Perpatih.berkorban untuk bapa saudaranya Datok Perpatih.Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku-suku atau keluarga.Suku-suku tersebut seperti berikut:Suku Biduanda (dondo)Batu Hampar (Tompar)Paya Kumbuh (Payo Kumboh)MungkalTiga NenekSeri Melenggang (Somolenggang)Seri Lemak (Solomak)Batu BelangTanah DatarAnak AchehAnak MelakaTiga BatuIni dinyatakan dalam sebuah gurindam yang berbunyi:Raja beralamPenghulu berluakLembaga berlingkunganBuapak beranak buahAnak buah duduk bersuku-sukuBerapa sukunya?Dua Belas!

..:Bougainvillea:..

Bagan Pinang VS Kerepek Bawang

Posted by Roselle


Ngantuk..memang ngantuk giler..tibe2 plak nset aku bebunyi..huhu..hampeh btul saper la anto msg time2 aku nga lena diulit intan nie..geram btul..aku pun amik la nset Nokia cikai aku..Open message... Slm. smlm raturan pemuda2 umno menyerang petugas2 pas, markaz pemuda keadilan dan induk, 8- 10 org cedera! Mlm ini Tuan Guru Nik Aziz d jadualkan bceramah d UPU kg Bgn Pinang. Mohon kpd smua pejuang Islam yg cintakn syahid utk brkubu & melindungi pimpinn kita d bagan pinang shingga pilihanraya. Ya Allah kau gerakkan hati mereka utk brsama2 d BAGAN PINANG. Dr SU UPU kg bagan pinang @ Ketua Penerangan Pemuda NS....macam tu la bunyinyer mesej yang aku terima..betul ker??aku pun tekejut gak..mase hari penamaan calon ketua putera umno mendakwa dipukul oleh pemuda PAS..ermm..aku xmau la nak mengulas benda nie..sebab blog nie bukan blog politik...tapi aku harap PRK kali nie dijalan dgn bersih dan adil..kite kan org melayu wat per mau gado..xmacho r..hihihi...

Dari melayan benda2 nie bek aku mkn kerepek bawang yang aku beli
semalam..hhuuhu..walaupun terasa nak muntah kunyah kerepek nie..tp tepaksa la aku telan jugak..yela,,igt murah ker aku beli..RM3 tau..huhu..aku terasa ditipu hidup2 bile aku beli kepek bawang nie..btul ker nie kepek bawang??asal rase len bangat???

semalam tibe2 plak tekak nie meronta2 nak telan kepek bawang..mcm mengidam plak..nie semua kak long aku punyer pasal sebab die beli kepek bawang time raya ari tu..apa lagi..aku pun sental la hari2 kepek bawang tu..xmkn nasik pun xper asalkan kepek bawang terhidang didepan mate..hehe..mak aku pun bebulu jer nengok aku mkn kepek tue ari2..walaupun dah byk kali mak aku wat jelingan maut tatkala aku mengumpil penutup tin tempat kepek bawang tu disimpan dengan sudu..aku wat bodo jer..hanya jelingan maut mel jer yang mampu menggugat aku..hehe....nampaknyer mak aku mesti menyusun strategi baru dgn menyembunyikan tin kepek bawang tu dibawah katil..hohoho..

sampai la aku balik mktb..kepek bawang masih terbyang2 lagi...semalam merupakan kemuncak tahap kesabaran aku...."huh...aku mesti menjejak kepek bawang xkire dimane ianya dijual"..persisku dalam hati..dengan rase semangat yang membara..aku menyetat (hidupkan engin) keta aku..trus keluar dr kawasan mktb..destinasi ku...haha xlen xbukan ke Parit Raja..syurga kepek..keta aku melunjur laju menuju ke destinasi....dalam hati..kepek bawang..kepek bawang..huhu..lebeh kurang 15minit..aku pun smpai ke Parit Raja..aku terus singgah kesebuah kedai jual kepek yg aku nengok mcm best jer..byk gak la kepek die jual..aku terus menjejaki kepek bawang.......

Aha!!!..disini kau rupanya..tp asal len sgt warne kepek nie..mcm2 warna plak tuh..ader hitam, merah, hijau, kuning..huhuhu..aku pun tanyer la kat awek kedai tu.."dik,,asal len sgt rupe kepek nie ha?"..awek tu pun jawab.."ala bang..same jer tu...kan lagi menarik..hihihi"..gelak plak awek nie..seb bek xcun..klu x da lame aku ngurat..hehe..sori ye mel...

aku pun amik la sebungkus..yang warne hijau..terus blk mktb..xsabar nak mencekik kepek neh..huhu..smpai dalam bilik..dengan perasaan yang berdebar aku pun bukak plastik tue..trus rase sekeping..mak aih..!!!!..nak muntah..!!!hampeh punyer awek kedai.kalau aku jumpe ko tgh jalan memang tersandar ko kat tiang elektrik..!!!..nie la klu orang melayu b'niaga..asyik nak menipu jer..cmner bangsa sendiri nak maju.dah la xsedap..lemau plak tu..

aku pun letak kepek tu tepi katil..trus rebahkan diri atas katil..menutup mata..menahan kekecewaan yang xterperi..ape la nasib...tibe2 aku rase ader satu lembaga masuk bilik aku..ermm..aku xheran sgt..bilik aku mmang rajin org masuk..pastu wat sepah2..lembaga tu terus berhenti tepi katil aku..plastik kepek bawang aku bebunyi..sah lembaga tu amik segenggam kepek tu..aku trus bgn dr tido..hah!!..mencurik ea...jerit aku..asrap ruper..die igt aku tido la tu.."ala bukan luak pun..eh..asal len jer rase kepek ko ha???"....hahaha..padan muke ko..aku nak ko abes kan segenggam tu...

itu la kehidupan...kite kene berhati2 mase wat pilihan...jgn ingt benda yg cntik tu rasenyer sedap...blum tentu yang cntik tu sedap..same la mase kite membuang undi..ape yg kite mau bkn janji2 yang manis dan cantik2 jer..tp perlaksanaan janji tu nanti...

aku ikat plastik kepek tu ngan getah...bukak penutup tong sampah..terus buang..itu la nasib kepek bawang..nampak jer cantik..tp xberguna langsung....

ADIOS......

Wednesday, October 7, 2009

MALAM SEPOI BAHASA...

Posted by Roselle

huhu...kepada kengkawan yang mengikuti blog ni, saya ni takla pandai nak menyayat ni, tapi nga try la nak mngalahkan ayat Roselle yang agak power gak ni....

boring btul malam ni...baru habis mark exam paper..sometimes tibe2 je rase boring idup ni,tapi pkr2 balik hidup mesti diteruskan...yang boringnye Roselle busy plak ngan KOMPANG die tu...jangan nakal ea...
kepada kawan2 Roselle tolong la tengok2 kan Roselle ni ea...kalo nakal belasah je dia...:P..

bilalah Roselle nak balik ni....penantian satu penyeksaan tau...
esok keje plak tu...bosan plak rasenye nak mengadap muke bdk2 tu..tapi terpaksala jugak, da name pun cikgu..angan2 nak jadi Doktor tapi Saintis pun ok gakla ...harap2 satu hari tercapai jugak impianku..

k la..macam da mengarut je ni...
see u tomorrow...
nite..

..:Bougainvillea:..

ASAL USUL ADAT PERPATIH (Part 2)

Posted by Roselle

sambungan Part 1

Memang benar!" jawab Datok Temenggong." Kenapa bila anjing menggigit kaki awak pukul sampai mati?. Sepatutnya bila anjing itu menggigit kaki awak maka awak gigit pula kaki anjing itu," balas Datok Perpatih.Mendengar kata-kata itu, Datok Temenggong merasa marah lalu berlakulah cabar mencabar antara kedua-duanya. Untuk mengelakkan sengketa itu berpanjangan maka keduanya bersetuju meninggalkan negeri Padang Luas untuk membuka negeri baru.Maka Datok Perpatih dan Datok Temenggong pun menyediakan bahtera masing-masing untuk belayar meninggalkan negeri Padang Luas. Konon ceritanya, bahtera Datok Temenggong selamat dilancarkan ke laut dan terus belayar. Manakala bahtera Datok Perpatih tidak mahu dilancarkan ke laut. Walupun rakyat jelata di suruh beramai-ramai menolak bahtera itu namun tidak juga dapat bergerak.Pada malamnya Datok Perpatih bermimpi bahtera yang bernama "Geliong Panjang " itu tidak dapat dilancarkan kerana telah diduduki oleh "Jin Sakti Muno". Untuk melancarkannya maka terpaksalah digalangkan di bawah bahtera itu seorang perempuan yang mengandung sulung (bunting sulung).Maka pada keesokan harinya Datuk Perpatih menyuruh orang-orangnya mencari perempuan yang bunting sulung. Setelah puas mencari diserata negeri Padang Luas itu maka akhirnya didapati hanya ada dua orang sahaja yang sedang bunting sulung iaitu anak Datok Perpatih sendiri dan anak saudaranya yaang bernama Puteri Seri Banun. Adapun Puteri Seri Banun seorang yang baik hati dan sanggup berkorban dengan menawarkan dirinya menjadi penggalang kepada bahtera bapa saudaranya.

to be continue...

..:Bougainvillea:..

Balun.....

Posted by Roselle

Pagi tadi aku bangun dr tidur dengan kemalasan yang amat sangat...tengok dah kul 6 pagi..ish..macam awal sgt kot..aku sambung tido..tup2 dah kul 6.30...dengan semangat diri yang seciput..aku mengagahkan diri yang xla gagah sangat untuk bangun gak menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim..wahima benda nie memang wajib...pukul 7.30..mel anto mesej kat aku nak bagi tau die nak g keje da..sejuk ati aku dapat bakal bini yang rajin keje..hahaha...tibe2 plak aku teringat ari nie ade kelas dengan Mr Rama n da geng (temasuk la Pn Zana ngan En Rosli..hehe)...huhuhuhu..baru aku teringat yang Mr. Rama suh siapkan draf tesis..aku plak xwat ape2 lagi..hohohoho!!!..mampus..

dengan perasaan gagah berani bak honey badger (klu korang nak tau honey badger tu aper..search jer la kat google ek..huhu) aku pun menyiapkan diri dengan pakaian yang agak kemas..persis nak ker tempat keje..hahaha..

sampai jer kat kelas..huh..memang hampeh..xsampai pun separuh yang datang..Pn Zana selaku otai kami dengan penuh rasa amarah yang membara menyaound budak2 yang xdatang kuliah..seb baik aku datang..padan muke korang..die ajak aku naik asrama jemput budak2 yang xdatang kelas supaya datang kelas..aku anggap beliau main2 jer ajak aku..xkan la die nak mencemarkan duli nak naik asrama budak2 lelaki yang pekat ngan bau stokin bola..huhu..

abes jer kelas aku balik la bilik...sedang aku asyik melayan cite Naruto Shippunden, tibe2 kadir dengan rasa cuak bak kene ketulahan datang kebilik aku..die kate "woih,,!! Pn zana ade datang bilik ko x?)buat pengetahuan kalian,,kadir adalah antara insan2 yang gagal menghadirkan diri semasa kuliah pagi tadi...biar betul..kata kau dalam ati..lecturer nek bilik suh datang kelas..ini sudah gempak..!!!...hahaha..pecah rekod..

malam plak aku menjalankan tanggungjawab mengajar adik2 junior men kompang...tak lame lagi nak KTP da..mel plak mcm besa la asyik tak puas ati jer klu aku ajar kompang..huhuhu..tapi xper...die takut ngan aku..hahaha..(rilek ea..=p)

walaupun bunyinyer mcm taik kambing yang masih hangat jatuh dipagi hari.,.tapi aku redha jer...bkn senang nak mahir ngan kompang..amik mase..aku pun teruja gak ngan semangat adik2 junior nie nak belajar kompang..ader gak pelapis lepas aku grad nanti..klu tak nanti..terkucil la en rauf nak carik pengganti..balun jer dik oi.... ape2 pun BALUN TETAP BALUN..!!!!

Tuesday, October 6, 2009

ASAL USUL ADAT PERPATIH

Posted by Roselle

Asal usul Adat Perpatih...Part 1
Oleh kerana Roselle & Bougainvillea berasal dari negeri sembilan yang kaya dengan adat, kami ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang adat perpatih..


Menurut sejarahnya, Adat Perpatih berasal dari Pagar Ruyung Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Di namakan Adat Perpatih sempena nama orang yang menyusun dan membuat peraturan adat tersebut. Adat Perpatih di bawa ke Negeri Sembilan oleh orang-orang Minangkabau yang merantau ke Tanah Melayu.Menurut ceritanya, beratus tahun dahulu di Negeri Padang Luas, Pagar Ruyung Minangkabau ada dua orang adik beradik yang seibu tetapi berlainan bapa. Yang tua bernama Temenggong atau Datok Temenggong dan adiknya bernama Perpatih atau Datok Perpatih. Apabila keduanya sudah dewasa maka mereka pun merwarisi pemerintahan negeri Padang Luas.Walaupun mereka adik beradik tetapi berbeza pendapat terutama dalam cara pemerintahan. Kerana perbezaan pendapat itu menyebabkan selalu terjadi perbalahan antara Datok Temenggong dengan adiknya Datok Perpatih. Untuk mengelak terjadinya pergaduhan maka negeri Padang Luas terpaksa di bahagi kepada dua pemerintahan. Datok Temengong memerintah di bahagian pesisir pantai manakala Datok Perpatih berkuasa di bahagian daratan. Dengan itu kawasan pemerintahan Datok Temenggong memakai adat yang disusun oleh Datok Temenggong (Adat Temenggong) manakala kawasan Datok Perpatih memakai adat yang di susun oleh Datok Perpatih ( Adat Perpatih.)Antara Adat Temenggong dengan Adat Perpatih terdapat perbezaan terutama dalam soal pembahagian harta pusaka. Bagi Adat Temenggong, lelaki lebih banyak mendapat bahagia harta pusaka daripada perempuan manakala Adat Perpatih pula menyerahkan segala harta pusaka kepada anak perempuan.Pada suatu hari anjing Datok Perpatih telah menggigit kaki Datok Temenggong. Akibatnya anjing itu telah dipukul oleh Datuk Temenggong sehingga mati. Ini menimbulkan kemarahan Datok Perpatih. Dia segera berjumpa Datok Temenggong.

to be continue...

..:Bougainvillea:..

Kuatkan Semangat

Posted by Roselle

Apa khabar semua?
Bougainvillea terkejut jugak dengan berita hangat yang menyatakan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibekukan bermula 2010. Kenyataan ini sudah semestinya membimbangkan dan menyakitkan hati semua pihak terutama kepada pelatih guru. Bagi saya, jika betullah artikel ini, kerajaan memang tidak sepatutnya mengambil langkah sedemikian. Saya menyokong apa yang diperkatakan oleh Roselle..ini dah melanggar dasar 1 Malaysia ( rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan)..adakah ini slogan semata-mata?????......selaku rakyat Malaysia juga saya berharap kerajaan dapat memberikan yang terbaik kepada rakyatnya…
Kepada sume bakal guru di seluruh Malaysia, jangan mudah terpengaruh dengan khabar angin ini…ape yang penting adalah semangat juang korang untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi orang yang terdidik. Ape yang penting, teruskan usaha..semangat didahulukan , pancapaian dibanggakan….

ALL DA BEST…

..:Bougainvilliea:..

Monday, October 5, 2009

POSTING DIBEKUKAN BERMULA 2010..?

Posted by Roselle

Artikel ni diambil daripada www.upsikini.blogspot.com

Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

boleh percaya ke artikel ni..ape2 pun benda ni memang sudah gempar dikalangan guru2 pelatih. aku harap benda ni hanyalah rumor semata-mata..yela kesian kat adik2 junior nanti..klu mcm ni dah melanggar ngan dasar 1 malaysia dato' najib.. "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"...