~....ROSELLE & BOUGAINVILLEA ....~

"Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice, it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved."

Thursday, August 20, 2009

Beginikah rupa neraka...????

Posted by Roselle




azid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s..a.w.:

'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya:

'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda:

'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'



Jawabnya:

'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

p/s : imej ini diambil dari sebuah satelit dalam jarak 5000 km..cube korang lihat part hitam pada matahari tu..same mcm yg ader dalam hadith nie..klu ikutkan kan logik akal cmner api yg menyala boleh jadi warna hitam...sekarang bukti dah adekan...anda fikirlah sendiri...

Wednesday, August 19, 2009

Kasih seorang ibu

Posted by Roselle



KASIHNYA IBU...


" Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."


Ps :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya .

Tuesday, August 11, 2009

Harga seorang anak dan kereta..mana lebih berharga

Posted by Roselle

ingatlah....marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak
keterlaluan..............

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk
bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah
dia
sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik
bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya...
kerana kereta
itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal
ke
tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya
gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan
sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari
si
pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta
yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si
bapa
yang
belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
Pembantu
rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga
beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis
tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan

"Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau
buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar
dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan !"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang
hilang
sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus
dipukul
bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak
tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma
mendiamkan

diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup
rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah
menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak
tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air
sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan
kepedihan
sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian
menidurkan
anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu
rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang
menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar
anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara
si
ibu
juga
begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia
menutup
semula

pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu
badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya
itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor
mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu
teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku
ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata
itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu
meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan
habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat
kedua-dua

tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke
wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua
menangis..

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam
linangan air mata..

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak
mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali
membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu
rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti
histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak
buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji
tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si
ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada
manusia dapat menahannya.

ANTARA ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH BEHARGA…

Friday, August 7, 2009

Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Posted by Roselle

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya
(Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "; Murid 2 = " Guru ";
Murid 3 = " Teman "; Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "; Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "; Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU .
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "; Murid 2 = " Matahari "; Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "; Murid 2 = " Besi "; Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"; Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "; Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”.

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di > dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA.
Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

Tuesday, August 4, 2009

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang

Posted by Roselle

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Hidup Ini...

Posted by Roselle

Hidup ni kdg2 happy sgt2 :) ,
Tapi ada mase sedih sgt :( ,
Ada gak rase marah....
Tetibe je rase syg...
Ada plak rase rindu...
Timbul plak rase pelik...
Nak tahu knape?
Sebab Allah da jadikan manusia tu berperasaan...
So, kepada sesiapa yg da kene jage dua perasaan tu …hrp2 jagelah dgn baik kerana manusia dpt rase sume perasaan.

Sekian,

..roselle partner..

Friday, July 31, 2009

dugaan....hadapi dengan tabah..

Posted by Roselle

Huhu..Roselle partner here...
penat gak hari ni nak compare dgn semalam..sebabnyer:

  • pose la hari...( tak bangun sahur..jgn mrh :)
  • pagi2 lagi da kene bawak bdk g swimming, huh mcm2 kerenah nak je campak sorang2..rase2 nak je join swimming tapi dah memandangkan pose hari ni tak jadila, nanti terminum air la pulak...tetiba nya syok ada pulak bdk nangis, pahal? rupenyer takut air..(problem btul).....aper lagi...(kahh3, tergelakkan budak tu pulak,teringat pulak mase gelakkan roselle kene langgar bln pose,hehehe (sory to say..)..mintak maaf ye..
  • pastu kls tak henti2 pulak...nga syok nyajar ada plak 3 org mamat masuk kls, huh xbleh jadi neh..(maintainence nak repair aircond)...terpaksalah ngajar dlm kepanasan (tapi neraka lagi panas). disebabkan dah expert ( 6 bln jd guru) ngajar la smbl diperhati oleh mamat2 tersebut...kui3..mcm bagus je...
  • dugaan yang keempat -> nga syok nak post benda neh..ada org bagi kek pulak (secret recp lg) ......tak tau ke org nga pose ha?????. time xpose xde plak birthday party...xper, nanti roselle belikan ea...:)
  • skarg ni sape yang bace titipan neh, sedarlah bahawa hadapilah dugaan dgan tabah k....walaupun kene mrh waktu keje ke, nga mlm ke (kene bebel) wat muke relax je cam neh..:P.
  • see you next chapter...

...roselle partner..

HAYATILAH......

Posted by Roselle

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir
ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya
mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas
sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika
nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba
maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana
sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut All!
ah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

Monday, July 27, 2009

Pesanan Dato' Harun Din

Posted by Roselle


Nauzubillah.

Tolong sebarkan kawan2 ku..... Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti
wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa
bahawa ' segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram....
ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. ' Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang
melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidaksuka
akan keputusan itu maka disuruhnya pihak
mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak
atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah
fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil....
Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...
Beliau berkata... ' bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik
maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...' dan kata beliau lagi... ' walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita
'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan
mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik...' Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama
negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... ' Menurut kamus dewan...
indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna
sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. '
Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...
Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak
boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2
hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah. Kata beliau seterusnya.. ..
Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM
HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu
adalah :

1) AL-IMAN
2) AL-WASAYA
3 ) AL-TAJASU
4) DANAL-MUSLIMOON

Posted by Roselle

Nauzubillah.

Tolong sebarkan kawan2 ku..... Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti
wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa
bahawa ' segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram....
ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. ' Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang
melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidaksuka
akan keputusan itu maka disuruhnya pihak
mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak
atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah
fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil....
Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...
Beliau berkata... ' bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik
maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...' dan kata beliau lagi... ' walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita
'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan
mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik...' Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama
negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... ' Menurut kamus dewan...
indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna
sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. '
Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...
Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak
boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2
hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah. Kata beliau seterusnya.. ..
Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM
HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu
adalah :

1) AL-IMAN
2) AL-WASAYA
3 ) AL-TAJASU
4) DANAL-MUSLIMOON

Friday, July 24, 2009

Tazkirah Jumaat

Posted by Roselle


Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. ” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”