~....ROSELLE & BOUGAINVILLEA ....~

"Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice, it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved."

Tuesday, October 13, 2009

KTP IPGM Tun Hussein Onn

Posted by Roselle



Mesti korang jeleskan nengok gambar tu..haha..gambar tu bukan menunjukkan yang aku merupakan pemilik motor 750cc tu..aku hanya menumpang populariti motor tu yang terkenal dikalangan mat2 rempit.haha..

acara merentas desa yang dijalankan pagi tadi berjalan dengan amat meriah sekali dengan kawalan marsyal yang berwibawa seperti aku..telah sekian lama aku xpenah pun terlibat dengan larian merentas desa..aku takut nanti piala pusingan tu tak berpindah tangan..asyik aku jer yang menang..susah gak..nanti ader plak orang yang dengki ngan aku..nanti ader plak yang anto santau angin kat aku..huhu..aku bukan la nak membanggakan diri aku yang riak nie..tapi itu la kenyataannye..

jadi sebagai jalan penyelesaiannye..aku mengambil jalan mudah dengan menjadi marsyal kawalan lalu lintas..aku harap tindakan aku yang amat bijak nie akan membuatkan semua pihak berpuas-hati..hehe..

tanggungjawab sebagai seorang marsyal lalu lintas nie bukan la mudah..walau pun korang nengok aku berlegar-legar naik motor sambail men'anjing' korang yang terpaksa berpenat lelah dan berpeluh-peluh berlari...tapi sebenarnye aku mempertaruhkan nyawa aku mengawal keselamatan korang dari dilanggar kenderaan dan dikejar anjing kat belakang taman tue (aku la makhluk pertama yang kene kejar ngan anjing tu..shial betul..)

aku tau korang cakap aku ngelat nak berlari dengan korang..tapi nak buat camner..tenaga aku lebih diperlukan dibahagian keselamatan...jadi aku tak bleh nak mengelak la..hihihi..yang aku mampu buat sekarang ialah memberi sokongan moral kat korang..memang la korang nengok aku syok jer naik motor follow belakang korang..tapi yang sebenarnye jauh didalam hati aku..aku amat2 risau ngan kesemalatan korang yakni kawan2 aku yang tersayang..hihihi.. =p

ok la..sampai sini jela coretan dari hati aku khas buat kawan-kawan tersayang..buat kawan-kawan yang masuk acara KTP taun nie..teruskan usaha..jaga keselamatan..jangan sampai aku terpaksa wat CPR kat korang khususnye atlit-atlit wanita (jangan marah mel..hihi)..

sayonara.......

Thursday, October 8, 2009

Bagan Pinang VS Kerepek Bawang

Posted by Roselle


Ngantuk..memang ngantuk giler..tibe2 plak nset aku bebunyi..huhu..hampeh btul saper la anto msg time2 aku nga lena diulit intan nie..geram btul..aku pun amik la nset Nokia cikai aku..Open message... Slm. smlm raturan pemuda2 umno menyerang petugas2 pas, markaz pemuda keadilan dan induk, 8- 10 org cedera! Mlm ini Tuan Guru Nik Aziz d jadualkan bceramah d UPU kg Bgn Pinang. Mohon kpd smua pejuang Islam yg cintakn syahid utk brkubu & melindungi pimpinn kita d bagan pinang shingga pilihanraya. Ya Allah kau gerakkan hati mereka utk brsama2 d BAGAN PINANG. Dr SU UPU kg bagan pinang @ Ketua Penerangan Pemuda NS....macam tu la bunyinyer mesej yang aku terima..betul ker??aku pun tekejut gak..mase hari penamaan calon ketua putera umno mendakwa dipukul oleh pemuda PAS..ermm..aku xmau la nak mengulas benda nie..sebab blog nie bukan blog politik...tapi aku harap PRK kali nie dijalan dgn bersih dan adil..kite kan org melayu wat per mau gado..xmacho r..hihihi...

Dari melayan benda2 nie bek aku mkn kerepek bawang yang aku beli
semalam..hhuuhu..walaupun terasa nak muntah kunyah kerepek nie..tp tepaksa la aku telan jugak..yela,,igt murah ker aku beli..RM3 tau..huhu..aku terasa ditipu hidup2 bile aku beli kepek bawang nie..btul ker nie kepek bawang??asal rase len bangat???

semalam tibe2 plak tekak nie meronta2 nak telan kepek bawang..mcm mengidam plak..nie semua kak long aku punyer pasal sebab die beli kepek bawang time raya ari tu..apa lagi..aku pun sental la hari2 kepek bawang tu..xmkn nasik pun xper asalkan kepek bawang terhidang didepan mate..hehe..mak aku pun bebulu jer nengok aku mkn kepek tue ari2..walaupun dah byk kali mak aku wat jelingan maut tatkala aku mengumpil penutup tin tempat kepek bawang tu disimpan dengan sudu..aku wat bodo jer..hanya jelingan maut mel jer yang mampu menggugat aku..hehe....nampaknyer mak aku mesti menyusun strategi baru dgn menyembunyikan tin kepek bawang tu dibawah katil..hohoho..

sampai la aku balik mktb..kepek bawang masih terbyang2 lagi...semalam merupakan kemuncak tahap kesabaran aku...."huh...aku mesti menjejak kepek bawang xkire dimane ianya dijual"..persisku dalam hati..dengan rase semangat yang membara..aku menyetat (hidupkan engin) keta aku..trus keluar dr kawasan mktb..destinasi ku...haha xlen xbukan ke Parit Raja..syurga kepek..keta aku melunjur laju menuju ke destinasi....dalam hati..kepek bawang..kepek bawang..huhu..lebeh kurang 15minit..aku pun smpai ke Parit Raja..aku terus singgah kesebuah kedai jual kepek yg aku nengok mcm best jer..byk gak la kepek die jual..aku terus menjejaki kepek bawang.......

Aha!!!..disini kau rupanya..tp asal len sgt warne kepek nie..mcm2 warna plak tuh..ader hitam, merah, hijau, kuning..huhuhu..aku pun tanyer la kat awek kedai tu.."dik,,asal len sgt rupe kepek nie ha?"..awek tu pun jawab.."ala bang..same jer tu...kan lagi menarik..hihihi"..gelak plak awek nie..seb bek xcun..klu x da lame aku ngurat..hehe..sori ye mel...

aku pun amik la sebungkus..yang warne hijau..terus blk mktb..xsabar nak mencekik kepek neh..huhu..smpai dalam bilik..dengan perasaan yang berdebar aku pun bukak plastik tue..trus rase sekeping..mak aih..!!!!..nak muntah..!!!hampeh punyer awek kedai.kalau aku jumpe ko tgh jalan memang tersandar ko kat tiang elektrik..!!!..nie la klu orang melayu b'niaga..asyik nak menipu jer..cmner bangsa sendiri nak maju.dah la xsedap..lemau plak tu..

aku pun letak kepek tu tepi katil..trus rebahkan diri atas katil..menutup mata..menahan kekecewaan yang xterperi..ape la nasib...tibe2 aku rase ader satu lembaga masuk bilik aku..ermm..aku xheran sgt..bilik aku mmang rajin org masuk..pastu wat sepah2..lembaga tu terus berhenti tepi katil aku..plastik kepek bawang aku bebunyi..sah lembaga tu amik segenggam kepek tu..aku trus bgn dr tido..hah!!..mencurik ea...jerit aku..asrap ruper..die igt aku tido la tu.."ala bukan luak pun..eh..asal len jer rase kepek ko ha???"....hahaha..padan muke ko..aku nak ko abes kan segenggam tu...

itu la kehidupan...kite kene berhati2 mase wat pilihan...jgn ingt benda yg cntik tu rasenyer sedap...blum tentu yang cntik tu sedap..same la mase kite membuang undi..ape yg kite mau bkn janji2 yang manis dan cantik2 jer..tp perlaksanaan janji tu nanti...

aku ikat plastik kepek tu ngan getah...bukak penutup tong sampah..terus buang..itu la nasib kepek bawang..nampak jer cantik..tp xberguna langsung....

ADIOS......

Tuesday, October 6, 2009

Kuatkan Semangat

Posted by Roselle

Apa khabar semua?
Bougainvillea terkejut jugak dengan berita hangat yang menyatakan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibekukan bermula 2010. Kenyataan ini sudah semestinya membimbangkan dan menyakitkan hati semua pihak terutama kepada pelatih guru. Bagi saya, jika betullah artikel ini, kerajaan memang tidak sepatutnya mengambil langkah sedemikian. Saya menyokong apa yang diperkatakan oleh Roselle..ini dah melanggar dasar 1 Malaysia ( rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan)..adakah ini slogan semata-mata?????......selaku rakyat Malaysia juga saya berharap kerajaan dapat memberikan yang terbaik kepada rakyatnya…
Kepada sume bakal guru di seluruh Malaysia, jangan mudah terpengaruh dengan khabar angin ini…ape yang penting adalah semangat juang korang untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi orang yang terdidik. Ape yang penting, teruskan usaha..semangat didahulukan , pancapaian dibanggakan….

ALL DA BEST…

..:Bougainvilliea:..

Monday, October 5, 2009

POSTING DIBEKUKAN BERMULA 2010..?

Posted by Roselle

Artikel ni diambil daripada www.upsikini.blogspot.com

Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.

Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

boleh percaya ke artikel ni..ape2 pun benda ni memang sudah gempar dikalangan guru2 pelatih. aku harap benda ni hanyalah rumor semata-mata..yela kesian kat adik2 junior nanti..klu mcm ni dah melanggar ngan dasar 1 malaysia dato' najib.. "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"...

Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFITRI

Posted by Roselle



Pihak Rosellesite iaitu Abdul Hadi (IPGM Kampus Tun Hussein Onn) dan Mashitah (Cempaka International School, Cheras) ingin mengucap salam aidilfitri kepada semua pembaca blog rosellesite yang sentiasa memberi sokongan moral kepada pihak admin. Semoga dengan kedatangan aidilfitri ini menandakan kemenangan kita menahan nafsu makan, minum dan sebagainya. Akhir sekali, pihak rosellesite akan kembali aktif selepas cuti hari raya selama seminggu.bye..Assalamualaikum...

Monday, September 14, 2009

Facebook-Satu lagi cara YAHUDI menjatuhkan umat ISLAM.

Posted by Roselle



Dipetik dari majalah Al-Islam edisi September 2009


Ramai juga mereka yang berjiwa Islam menggunakan facebook sebagai salah satu medium media maya mereka. Cuma yang kurang menyenangkan ialah facebook itu rupa-rupanya kepunyaan Mark Zuckerberg, seorang Yahudi. Ia bukan hanya seorang Yahudi biasa tetapi artikel berikut (yang dipetik dari sumber lain) boleh menceritakan lebih lagi tentangnya.

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008?, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti…
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B’inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?

Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Friday, September 11, 2009

Mungkinkah Tun Daim Zainuddin orang melayu paling kaya didunia

Posted by Roselle


SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali sebagai ‘Daim Yang Diam’ Aku terpanggil untuk menulis entry mengenai Daim bila aku terbaca senarai orang terkaya di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Aku tak tahu apa ‘formula’ yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan ‘ranking’ seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia. Apatah lagi di kalangan mereka yang terkaya di dunia. Hinggalah suatu hari aku dihantar melakuka n tugasan Tanzania. Ketika itu aku hendak menukar ‘travellers cheque’ di sebuah bank berhampiran Dar- Es-Salam, ibu negara republik berkenaan. Aku ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untuk pengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah masuk ke perkarangan bank tersebut. Mahu taknya, potret Daim ’sebesar-besar alam’ tergantung di dalamnya. Dalam hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia lain kat Tanzania ni muka macam Daim? Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang ‘albino’ jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya) Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar yang besar itu. “For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We’ve got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe,” katanya dalam ‘accent’ Afrikanya yang pekat itu.

Ambik ko! Sejak hari itu aku tak percaya lagi ‘ranking’ orang-orang terkaya
di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes. Sejak itu juga, aku percaya masih banyak manusia di luar sana yang sememangnya berlipat kali ganda kaya tetapi terus ‘low profile’…seperti mana ‘Daim Yang Diam’. Siapa kata Melayu tak hebat? (Dua tahun lepas ICB menerima anugerah ‘Bank Terbaik 2006’ daripada The Banker di London.)

Thursday, September 10, 2009

Bukan Senang nak jadi Susah, bukan Susah nak jadi Senang

Posted by Roselle

Aku dilahirkan sebagai anak jati peneroka felda yang hidup ditengah kemerosotan ekonomi orang melayu. Wahima, orang melayu merupakan bangsa majoriti pada masa itu. Dasar ekonomi baru atau lebih dikenali dengan DEB amat sinonim dengan FELDA, dan FELDA pulak amat sinonim dengan orang MELAYU. Ini kerana amatlah sedikit bilangan kaum bukan melayu didalam tanah rancangan FELDA. Setelah 23 tahun bergelar anak peneroka Felda, ade satu persoalan dibenak fikiran aku neh..berjayakah felda membela nasib orang melayu?krisis di perak, terengganu dan selangor sidikit sebanyak membuka mata aku situasi kepimpinan orang melayu dinegara ini. Amat lemah dan langsung tidak releven. so kite sebagai anak2 muda nie kene la pandai berfikir mane baik dan mane yang buruk..ini bukan la satu isu politik..tp ianya satu kesedaran berkenaan dengan nasib orang melayu dinegara kite..sekian..

Wednesday, August 19, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Posted by Roselle



Kepada semua kawan-kawan, khususnya rumate sdr. Redzuan@chamrai, budak2 IPGM Kampus Tun Hussein Onn, budak asrama blok 06 (tengo, skema, mambra, chengmai, toto, kundor, sweet, tongkang, panjang pekik, dogoi, loto n jalak,) kawan2 yang mengenali diri ini khususnyer kawan2 D&T 1 (ustad, acap, lobe, tajen, ijat kasanova, paam, panjang YM, longan, kadir, lela, amoy, arm , nas google, elaine, lee lin, ah yeu, pui sue, shareen n yen san) xlupe kepada tutor peribadi Mr. Ghaz n kepada len2 kawan yg mengenali diri ini (kak intan, kak ati, Saadah, ana, cikin, nisaa, ina badang, aida, intan, patin, ecah n da geng)...huhuhu ponek den tulih...dan xlupe kepada yang paling teristimewa dalam hidup ini..mak, kak long, kak ngah, kak lang, sume abg2 ipar, Saudari Mashitah@Mel, Sdr. Hanis dan Sdr. Suhaimi....

sy ingin mengucapkan selamat berpuasa,,,,marilah kita mengejar kelebihan bulan Ramadhan,,amal maaruf nahi mungkar.....POSA JANGAN XPOSA..RAYE DATANG LA UMAH..HEHEHEHEHE....

Tuesday, August 18, 2009

: :....Kepada Mel....: :

Posted by Roselle

Peringatan dari admin Roselle :-

wah..wah..wah..lame xpost nampak..senang-lenang nampak...minggu nie mesti post..klu xpost kene ea...


Yang Benar..

Admin (Roselle)

Thursday, August 6, 2009

Mancing....

Posted by Roselle

Hari nie merupakan hari yang sungguh memenatkan...mula2 memang xder plan nak pegi memancing ikan (bukan pompuan ye mel.hehe)...tp tibe2 rumate aku ajak g minyak beku...memula sweet ajak g nengok GIjoe..tp bile pikir blk mcm lg best g mancing...aku pun start pancing sweet suh die ikut same..ckp jer ader wat BBQ..beliau dengan rase bersemangatnye bersetuju sebulat suare nak g...hihihi
suasan kat situ memang best klu nak mancing..wat BBQ pun sesuai gak..tp malang gak la bagi kami sebab time kami datang tu air bl0m pasang lagi...huhuhu..ikan pun agaknye nga tido lagi...tapi yang peliknyer saudara kundur xtido plak kali nie..huhu
menu BBQ kali ni memang membuka selera...lagi2 klu mkn ramai..huhuhu..benda free memang best kan..btul x kawan2..!!!?tp malangnyer saudara kundur kelihatan amat kecewa hari ini kerana lupa bawak dapur peribadi beliau..beliau telah mencover kekecewaan beliau dengan menutup muka ala2 indon mesen rumput.
kami sume berasa sungguh bertuah kerana saudara sweet selaku AJK makanan asrama blok 06 sudi meluangkan mase untuk menyediakan BBQ untuk kami sume..beliau dengan berbesar ati telah mensponser ayam BBQ ari nie..hehe..beliau memang seorg yg cekap memasak dan kerana berpengalaman menjadi tukang masak tentera lbeh 20 taun...lihat cara beliau pegang penyepit tu dah terserlah skill beliau..huhuhu
ape2 pun..hari nie memang best la...disamping dapat memancing dengan hati yg gembira dan kecewa..kite org dapat gak nengok org wat baby.....hihihihi.....port kat sini memang baik punyer klu nak wat projek..siang2 pun menjadi..huhuhu

Wednesday, August 5, 2009

Orang gemuk mudah diserang H1N1

Posted by Roselle

WASHINGTON: Orang yang gemuk namun sihat mungkin berisiko khas menghadapi masalah kesihatan lebih teruk termasuk kematian akibat virus selesema babi (H1N1), lapor penyelidik Amerika Syarikat, kelmarin.

Mereka mendedahkan kes 10 pesakit di sebuah hospital Michigan yang terpaksa diberi bantuan pernafasan, tiga daripadanya maut.

Selain itu, sembilan daripada mangsa terbabit adalah dalam kategori obes, tujuh orang dalam keadaan kegemukan sederhana termasuk dua daripada tiga yang maut.

Kajian itu diterbitkan bagi laporan mingguan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit CDC) berhubung kematian dan penyakit, turut mencadangkan doktor boleh menggandakan dos biasa ‘oseltamivir’, ubat antiviral Roche AG yang dijual atas jenama Tamiflu.

“Kes mereka membawa pandangan bahawa komplikasi teruk boleh berlaku apabila mereka dijangkiti virus itu terutama di kalangan pesakit yang obes teruk,” kata pakar virus CDC, Dr Tim Uyeki.

“Lima daripada pesakit itu mengalami darah beku dalam paru-paru. Ia sebelum ini tidak diketahui berlaku terhadap pesakit yang teruk kerana virus influenza,” kata Uyeki dalam temubual telefon.

Dr Lena Napolitano dari Pusat Perubatan Universiti Michigan dan rakannya mengkaji kes 10 pesakit itu yang dimasukkan ke unit rawatan rapi universiti dengan sindrom kesukaran pernafasan teruk disebabkan jangkitan H1N1.

“Daripada 10 pesakit, sembilan obes (dengan indeks jisim tubuh lebih 30), termasuk tujuh yang obes melampau (BMI lebih 40),” menurut laporan mereka.

Kajian mereka tidak direka untuk melihat jika obesiti atau punca lain memberi faktor risiko khas bagi selesema. Namun, penyelidik terkejut atas apa yang berlaku kerana tujuh daripada 10 pesakit obes melampau.

Malah, sembilan daripada mereka mengalami kegagalan pelbagai organ yang biasa dilihat selepas jangkitan influenza namun lima mengalami darah beku pada peparu dan enam lagi didapati kerana buah pinggang gagal berfungsi.

Tiada seorang pun daripada mereka pulih sepenuhnya, kata penyelidik. Virus selesema babi pertama kali muncul di Mexico pada Mac lalu sebelum merebak di luar kawalan di Amerika ketika sedang dikenal pasti April lalu.

H1N1 begitu mengancam hingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan pandemik, Jun lalu. Selesema boleh menyebabkan penyakit sederhana dan semua virus influenza boleh membawa maut, termasuk H1N1 yang mengorbankan hampir 500 orang di seluruh dunia, lebih 200 di Amerika saja.

Virus baru itu sedikit berbeza daripada selesema bermusim kerana merebak pada musim panas, menyerang dewasa dan kanak-kanak serta mungkin menjejaskan tubuh pesakit.

Monday, August 3, 2009

Mel Merajuk lagi...

Posted by Roselle

Berita Terkini buat korang, partner aku yang same2 meng-update blog nie iaitu Mel masih lagi merajuk ngan aku walaupun aku cube pujuk die petang tadi..SMS yang aku bg langsung die xmau reply..huhu....xper la..aku try lagi nanti.hehe

: :....Mel Merajuk....: :

Posted by Roselle

malam td mel merajuk ngan aku pasal aku marah kat dia...sian mel..pagi ni pun die merajuk lagi ngan aku..mesti lame lagi die nak cool down tu..tp xper la..aku akan up-date blog nie sorang2 walaupun mel da merajuk.sohih la dia xmau lagi up-date blog.kepada mel..i luv u..sebelum tu..aku nak g tambah energy dulu...

Friday, July 31, 2009

Adun PAS Permatang Pasir meninggal dunia

Posted by Roselle

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh)- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.

Menurutnya, allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, " jelasnya.

Baru-baru ini allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.

Harakhadaily dimaklumkan, jenazah allahyarham bertolak dari IJN pukul 10 pagi ini dan dijangka sampai ke Permatang Pasir jam 2 petang ini.

Bagaimanapun tempat dan waktu pengkebumianya belum dipastikan cuma berkemungkinan petang ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam smsnya kepada Harakahdaily memaklumkan sedang dalam perjalanan ke IJN bagi menziarahi allahyarham, beberapa pimpinan dijangka akan menziarahi jenazah dalam masa terdekat.

AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan pemergian allahyarham merupakan kehilangan besar kepada PAS.

"Allahyarham adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat bekerja, rapat dengan rakyat sehingga mampu mempertahankan kerusi di Permatang Pasir walau dalam keadaan genting," ujarnya.

TERKINI!!!!!Sementara itu, pada jam 9.30 pagi tadi, jenazah allahyarham telah dibawa dari IJN ke Permatang Pasir.Turut mengiringi jenazah ialah sanak saudara dan kaum keluarga yang sejak semalam menemani allahyarham di IJN.

Menurut salah seorang anak allahyarham, Hamdan meninggal selepas dimasukkan ke IJN Isnin lalu, namun katanya allahyarham meninggal dengan amat mudah pagi tadi.

"Tak nampak tanda-tanda beliau tenat semalam, saya sedang buat surat cuti untuk allahyarham dari menghadiri Dun Pulau Pinang, namun belum sempat siap surat tersebut, pagi ini allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau seorang yang cukup tenang dan bapa yang sangat baik dan penyayang," ujar seorang menantunya kepada Harakahdaily.

Suasana sayu mengiringi perjalanan jenazah sebaik dikeluarkan dari Bilik Mayat IJN.Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali dan pimpinan PAS yang lain.

Mewakili pihak PAS, Mahfuz mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham di atas pemergian Adun Permatang Pasir.

"Beliau seorang yang cukup baik, rapat dengan rakyat, komited dan wakil rakyat yang memahami kehidupan rakyat, beliau rakan saya yang banyak membantu saya terutamanya ketika saya ditahan ISA (operasi lalang).Beliaulah yang menjaga kebajikan anak isteri saya.

"Beliau juga adalah teman yang amat memahami, saya rasai kehilangan yang sangat besar kepada satu perjuangan," ujarnya.

Sementara itu, Presiden KeADILan turut mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.

Dr Wan Azizah menyifatkan, Pakatan Rakyat kehilangan 'permata' yang sangat komited dengan kerja, membantu Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum KeADILan itu menghadapi krisis politik tahun 1998.

"Beliau seorang yang mudah memahami, sangat penyayang dan bekerja keras untuk rakyatnya," ujar beliau. - wann/mr _

Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat

Posted by Roselle



AL-FALAK atau Astronomi merupakan satu bidang ilmu yang begitu kompleks dan rencam untuk dihuraikan, malah keterbatasan daya fikiran menyebabkan manusia tidak dapat mengkaji sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

Secara tidak langsung, Al-Falak mempunyai kaitan dengan hukum alam yang dicipta Allah s.w.t bagi berlangsungnya siang dan malam. Namun, apa yang membimbangkan, kita sering diwarnai dengan pelbagai terjahan fenomena yang seharusnya sebagai satu iktibar buat kita semua.

Fenomena matahari terbit dari barat merupakan satu kejadian yang membuatkan pakar-pakar sains berfikir bagi mencari dan mengkaji akan punca kejadian ini. Ianya juga telah mula diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu. Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud): “Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)

Sejauh manakah kebenaran fenomena ini? Ikuti wawancara bersama pakar astronomi negara, PROFESOR DR. MOHD ZAMRI ZAINUDDIN, mengenai fenomena ini.

Ybhg. Prof, apakah yang dimaksudkan dengan ’Retrograde Motion’ sehingga ada yang menyatakan bahawa matahari akan terbit dari sebelah barat?

’Retrograde Motion’ merupakan satu istilah sains atau lebih tepat dengan pergerakan orbit yang berlawanan. Seperti yang sedia maklum, planet-plenet terdiri daripada Marikh, Musytari, Zuhal, Zuhrah, Utarid, Uranus, Neptun, Pluto dan Bumi. Gerakan planet ini mengelilingi orbitnya sendiri. Bagi Marikh, ia mengambil masa dua tahun mengelilingi matahari berbanding bumi yang hanya mengambil masa satu tahun. ’Retrograde Motion’ ini berlaku apabila Marikh dan Bumi berada opposition atau bertentangan di mana pada suatu ketika Marikh kelihatan seolah-olah bergerak dari barat ke timur. Ini terjadi kerana pergerakan orbitnya yang condong. Ia terjadi setiap dua tahun di mana kelihatan planet Marikh seolah bergerak dari barat ke timur dan bukan dari timur ke barat.

National Aeronautic and Space Administration (NASA) ada menyatakan bahawa planet Marikh telah mengalami fenomena ini. Sejauh manakah kebenaran fenomena ini dan adakah matahari telah terbit dari sebelah barat di Marikh?

Apabila kita melihat daripada Bumi, seolah-olah Marikh bergerak dari barat ke timur. Tetapi apabila kita berada di Marikh, pergerakan orbitnya masih bergerak dari timur ke barat. Seperti yang kita ketahui, planet ini mempunyai 75 peratus ketumpatan berbanding Bumi, dan tidak mempunyai medan magnet sekuat Bumi. Kejadian matahari terbit dari barat di Marikh masih belum terjadi dan masih di dalam kajian dan penyelidikan para saintis dunia.

Apakah pandangan atau kajian saintis mengenai kejadian ini dan adakah ia boleh berlaku kepada bumi dengan cara yang lain?

Ia boleh berlaku dalam keadaan Bumi dilanggar komet yang besar, lalu beralih pusingan orbitnya dari barat ke timur. Dari sudut yang lain pula, ia boleh terjadi kerana matahari merupakan bintang yang besar dan ia boleh mengembang dan membesar apabila matahari membakar keseluruhan hidrogen di dalamnya dan menjadi red giants atau gergasi merah. Malah pengembangan ini akan merangkumi orbit Utarid dan orbit Kejora sehingga ia akan menghampiri dengan Bumi dan dikatakan sejengkal berada daripada kepala manusia. Saintis menjangka matahari berusia 5,000 juta tahun dan pembakaran hidrogen ini juga dijangka mengambil masa sehingga 10,000 juta tahun, malah ia turut membimbangkan para saintis jika ia berlaku dalam masa yang terdekat.

Adakah kejadian fenomena ini telah dijangkakan atau satu keganjilan dalam ilmu astronomi?

Ia bukanlah satu keganjilan dalam dunia sains, cuma ia terlalu kompleks untuk dikaji dan diketahui bila ianya akan berlaku. Seperti yang kita ketahui, saintis Barat juga mengakui kebenaran matahari akan terbit dari sebelah barat dan ia akan berlaku kepada semua planet termasuk Bumi sendiri.

Apakah implikasi besar kepada pergerakan Bumi jika fenomena ini terjadi?

Pergerakan Bumi masih lagi seragam dan stabil. Cuma jika dibandingkan dengan Marikh, orbit Bumi lebih kecil daripada Marikh kerana Bumi berada dekat dengan matahari. Malah pergerakan bumi dipengaruhi oleh graviti bulan dan matahari kerana bulan berkaitan dengan proses air pasang surut laut. Jika berlaku sebarang kejadian atau perubahan pada bulan ia turut memberi kesan kepada Bumi yang akan mengakibatkan ketidakseimbangan sistem kepada Bumi.

Bolehkah para saintis mentarifkan bila akan berlakunya fenomena ini?

Fenomena ini masih di dalam kajian dan dijangka pada 2014 nanti satu komet yang besar akan berada lebih kurang 40 km laluannya dari Bumi. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada Bumi, malah penemuan kawah tinggalan asteroid di Chicxuclub, Semenanjung Yucatan kira-kira 322 km di Barat Cancun, Mexico, pada tahun 1991 telah membuktikan bahawa perkara ini pernah terjadi. Kawah dengan diameter selebar 160-240 km ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana diliputi sedimen sejak jutaan tahun lalu. Komet adalah asteroid yang merupakan objek angkasa bersaiz kecil dan tidak mempunyai bentuk yang khas. Permukaannya beku serta mengumpul debu dan batuan kecil dari angkasa dan jika ia sebesar gelanggang tenis kekuatan hentamannya pada Bumi adalah lima kali ganda daripada letupan atom yang berlaku di Hiroshima.

Wednesday, July 29, 2009

Bagaimana Mahu Mengatasi Kemelut Di Sekolah?

Posted by Roselle


Cuba anda perhati, teliti, analisis serta siasat gambar diatas? Apakah maksud yang tersurat dan yang tersirat yang terdapat pada gambar tersebut... (huh..macam prof plak) ini adalah kesinambungan (macam prof lagik..hihihi) dari kes-kes yang pernah berlaku dinegara barat. Para pelajarnya lebih advance berbanding dengan pelajar dinegara kita kerana menggunakan pendekatan yang cukup extrim bagi menyelesaikan masalah disekolah. Sebagai rakyat malaysia yang cintakan kedamaian mahukah kita melihat anak-anak kita membudayakan perilaku ini dimasa hadapan?fikirkanlah...

Monday, July 27, 2009

Surat Debat Tok Guru Nik Aziz Kepada PM

Posted by Roselle


(S)16/7/(21) 9 Rejab 1430 / 2 Julai 2009
Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Assalamualaikum WM WB.

Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.

YAB Dato Seri,

Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam
Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.
Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).
Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.

Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku. Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123). Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.

Nabi SAW mewajibkan kita membaca Fatihah dalam sembahyang. Di dalam Fatihah, telah ditetapkan tiga perkara pokok. Satu laluan yang betul dan dua yang salah. Ayat “si ro thollazi na an ‘am ta ‘alai him” yang menuntut jalan yang lurus adalah betul manakala ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim waladdhol liin” adalah yang salah seperti yang di maksudkan. Aneh, bahkan silapnya Umno ialah Umno tolak yang betul iaitu “siro thollazi na an ‘am ta ” yang menjadi jalan Nabi-Nabi iaitu menolak Islam dan mengambil sistem sekular barat yang tidak pasal-pasal menimbulkan pecah-belah teruk di kalangan seluruh orang Melayu dan orang Islam bukan Melayu di Malaysia. Ini termasuk jugalah perpecahan antara orang Islam dan Non –Islam di negara kita.

Lebih buruk apabila semuanya ini menjadikan orang-orang yang belum Islam terkapai-kapai; yang mana yang sebenar samaada Islam atau sekular. Hasil daripada inilah saya rasa sudah sampai masanya untuk mengajak Presiden Umno yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini bersemuka dengan saya di atas dasar “waja dil hum billati hiya ahsan” yang bermaksud, “serulah manusia pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik “(Sebahagian dari maksud surah an-Nahl Ayat 125).

Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat. Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan.

Menyamakan atau membandingkan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan UMNO yang menolak Islam adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) itu juga turut sesat?

Seperti yang kita sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga dengan debat antara calun-calun Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta yakni antara regu Susilo Bambang Yudhono/Boediono, Megawati Soekarnoputri/Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla/Wiranto.
Jika di Eropah dan negara negara demokrasi yang lain, debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima. Dunia demokrasi yang sekular; mana ada pedulikan masalah aqidah dan
persoalan “sesat tak sesat”? Soal sesat atau tidak, ini istilah ugama. Ini bukan isu perlembagaan dan undang-undang.

Sesat seperti yang terdapat di hujung surah al-Fatihah (adho- Lliin) bererti dholalah yakni tidak bertemu atau berjumpa jalan.Kita perlu sama-sama sedar bahawa jalan yang boleh diharap hanyalah jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini persoalan “huda llil muttaqiin” yakni jalan yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (lihat sebahagian maksud al-Baqarah Ayat 2). Tak turut jalan inilah apa yang dipanggil sesat.
Tidak timbul sama sekali soal menghasut atau mencetuskan keresahan. Ini isu ugama sepenuhnya. Ini persoalan teguran dan dakwah.

Demi mencari kejernihan dan menghentikan polemik, saya mohon mencadangkan sebuah debat ilmiyyah dianjurkan dalam tempoh terdekat kearah menjelas dan merungkai segala kemusykilan dari kedua-dua perspektif parti bertajuk “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”; tidak lebih daripada itu. Insya Allah, saya bersedia untuk bersama Dato’ Seri Perdana Menteri dalam majlis berkenaan tanpa meletakkan sebarang syarat. Lantiklah mana-mana mufti atau salah seorang sarjana yang faqih lagi amanah, baik dari dalam mahupun luar Negara untuk menjadi pemudah cara yang adil bagi tujuan ini. Tempat yang sesuai boleh ditetapkan oleh pihak Dato’ Seri, baik di Kuala Lumpur atau di mana-mana. Hari dan masa juga adalah mengikut kelapangan dan keselesaan YAB. Saya boleh mematuhi kepada apa jua ketetapan asalkan Dato’ Seri bersedia untuk bersama dalam sebuah rapat ilmiyyah untuk dibuat siaran langsung demi manfaat Negara.
Seluruh rakyat akan menjadi hakim di atas pelbagai sandaran yang saya maksudkan ketika mengatakan apa yang telah saya sebut mengenai fenomena UMNO dengan persoalan kesesatan ini.

Jadi, sekali lagi saya dengan ikhlas mengangkat cadangan ini agar sudilah apa kiranya YAB. Dato Seri menerima pelawaan ini mengikut kesesuaian tarikh Dato” Seri demi kebaikan bersama. Semoga diizinkan Allah. Terima kasih, Wasalam.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Sunday, July 26, 2009

Yasmin meninggal dunia

Posted by Roselle

KUALA LUMPUR - Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad (gambar) yang mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak sejak Khamis lepas meninggal dunia malam tadi.

Yasmin, 51, kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya selepas tiga hari berada dalam koma setelah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya.

Yasmin yang terkenal sebagai pengarah filem Sepet, Gubra dan Talentime rebah secara tiba-tiba semasa bermesyuarat bersama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa serta beberapa kakitangan Media Prima di Sri Pentas, TV3, sekitar pukul 3 petang Khamis lalu.

Beberapa jam sebelum itu, adik iparnya, Datuk Dr. Zakaria Zahari memberitahu media, Yasmin masih menerima bantuan alat sokongan hayat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Damansara.

Derma Darah..bukan dada ea....

Posted by Roselle



Hari ni saya bersama kawan saya ke Summit Parade untuk membeli belah. Tapi tak sangka pula pada hari ini juga ada kempen derma darah anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) dengan kerjasama Hospital Batu Pahat. Masuk yang kali ini, dah dua kali saya mendermakan darah saya. Memang tak dapat dinafikan dengan cara menderma darah sahaja kita telah menyelamatkan satu nyawa yang berharga...Oleh itu wahai rakan2ku sekelian...marilah sama-sama kita menderma darah..huhuhuhu... (^_^)