~....ROSELLE & BOUGAINVILLEA ....~

"Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice, it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved."

Friday, July 31, 2009

HAYATILAH......

Posted by Roselle

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir
ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya
mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas
sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika
nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba
maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana
sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut All!
ah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

Adun PAS Permatang Pasir meninggal dunia

Posted by Roselle

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh)- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.

Menurutnya, allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, " jelasnya.

Baru-baru ini allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.

Harakhadaily dimaklumkan, jenazah allahyarham bertolak dari IJN pukul 10 pagi ini dan dijangka sampai ke Permatang Pasir jam 2 petang ini.

Bagaimanapun tempat dan waktu pengkebumianya belum dipastikan cuma berkemungkinan petang ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam smsnya kepada Harakahdaily memaklumkan sedang dalam perjalanan ke IJN bagi menziarahi allahyarham, beberapa pimpinan dijangka akan menziarahi jenazah dalam masa terdekat.

AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan pemergian allahyarham merupakan kehilangan besar kepada PAS.

"Allahyarham adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat bekerja, rapat dengan rakyat sehingga mampu mempertahankan kerusi di Permatang Pasir walau dalam keadaan genting," ujarnya.

TERKINI!!!!!Sementara itu, pada jam 9.30 pagi tadi, jenazah allahyarham telah dibawa dari IJN ke Permatang Pasir.Turut mengiringi jenazah ialah sanak saudara dan kaum keluarga yang sejak semalam menemani allahyarham di IJN.

Menurut salah seorang anak allahyarham, Hamdan meninggal selepas dimasukkan ke IJN Isnin lalu, namun katanya allahyarham meninggal dengan amat mudah pagi tadi.

"Tak nampak tanda-tanda beliau tenat semalam, saya sedang buat surat cuti untuk allahyarham dari menghadiri Dun Pulau Pinang, namun belum sempat siap surat tersebut, pagi ini allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau seorang yang cukup tenang dan bapa yang sangat baik dan penyayang," ujar seorang menantunya kepada Harakahdaily.

Suasana sayu mengiringi perjalanan jenazah sebaik dikeluarkan dari Bilik Mayat IJN.Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali dan pimpinan PAS yang lain.

Mewakili pihak PAS, Mahfuz mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham di atas pemergian Adun Permatang Pasir.

"Beliau seorang yang cukup baik, rapat dengan rakyat, komited dan wakil rakyat yang memahami kehidupan rakyat, beliau rakan saya yang banyak membantu saya terutamanya ketika saya ditahan ISA (operasi lalang).Beliaulah yang menjaga kebajikan anak isteri saya.

"Beliau juga adalah teman yang amat memahami, saya rasai kehilangan yang sangat besar kepada satu perjuangan," ujarnya.

Sementara itu, Presiden KeADILan turut mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.

Dr Wan Azizah menyifatkan, Pakatan Rakyat kehilangan 'permata' yang sangat komited dengan kerja, membantu Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum KeADILan itu menghadapi krisis politik tahun 1998.

"Beliau seorang yang mudah memahami, sangat penyayang dan bekerja keras untuk rakyatnya," ujar beliau. - wann/mr _

Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat

Posted by Roselle



AL-FALAK atau Astronomi merupakan satu bidang ilmu yang begitu kompleks dan rencam untuk dihuraikan, malah keterbatasan daya fikiran menyebabkan manusia tidak dapat mengkaji sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

Secara tidak langsung, Al-Falak mempunyai kaitan dengan hukum alam yang dicipta Allah s.w.t bagi berlangsungnya siang dan malam. Namun, apa yang membimbangkan, kita sering diwarnai dengan pelbagai terjahan fenomena yang seharusnya sebagai satu iktibar buat kita semua.

Fenomena matahari terbit dari barat merupakan satu kejadian yang membuatkan pakar-pakar sains berfikir bagi mencari dan mengkaji akan punca kejadian ini. Ianya juga telah mula diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu. Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud): “Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)

Sejauh manakah kebenaran fenomena ini? Ikuti wawancara bersama pakar astronomi negara, PROFESOR DR. MOHD ZAMRI ZAINUDDIN, mengenai fenomena ini.

Ybhg. Prof, apakah yang dimaksudkan dengan ’Retrograde Motion’ sehingga ada yang menyatakan bahawa matahari akan terbit dari sebelah barat?

’Retrograde Motion’ merupakan satu istilah sains atau lebih tepat dengan pergerakan orbit yang berlawanan. Seperti yang sedia maklum, planet-plenet terdiri daripada Marikh, Musytari, Zuhal, Zuhrah, Utarid, Uranus, Neptun, Pluto dan Bumi. Gerakan planet ini mengelilingi orbitnya sendiri. Bagi Marikh, ia mengambil masa dua tahun mengelilingi matahari berbanding bumi yang hanya mengambil masa satu tahun. ’Retrograde Motion’ ini berlaku apabila Marikh dan Bumi berada opposition atau bertentangan di mana pada suatu ketika Marikh kelihatan seolah-olah bergerak dari barat ke timur. Ini terjadi kerana pergerakan orbitnya yang condong. Ia terjadi setiap dua tahun di mana kelihatan planet Marikh seolah bergerak dari barat ke timur dan bukan dari timur ke barat.

National Aeronautic and Space Administration (NASA) ada menyatakan bahawa planet Marikh telah mengalami fenomena ini. Sejauh manakah kebenaran fenomena ini dan adakah matahari telah terbit dari sebelah barat di Marikh?

Apabila kita melihat daripada Bumi, seolah-olah Marikh bergerak dari barat ke timur. Tetapi apabila kita berada di Marikh, pergerakan orbitnya masih bergerak dari timur ke barat. Seperti yang kita ketahui, planet ini mempunyai 75 peratus ketumpatan berbanding Bumi, dan tidak mempunyai medan magnet sekuat Bumi. Kejadian matahari terbit dari barat di Marikh masih belum terjadi dan masih di dalam kajian dan penyelidikan para saintis dunia.

Apakah pandangan atau kajian saintis mengenai kejadian ini dan adakah ia boleh berlaku kepada bumi dengan cara yang lain?

Ia boleh berlaku dalam keadaan Bumi dilanggar komet yang besar, lalu beralih pusingan orbitnya dari barat ke timur. Dari sudut yang lain pula, ia boleh terjadi kerana matahari merupakan bintang yang besar dan ia boleh mengembang dan membesar apabila matahari membakar keseluruhan hidrogen di dalamnya dan menjadi red giants atau gergasi merah. Malah pengembangan ini akan merangkumi orbit Utarid dan orbit Kejora sehingga ia akan menghampiri dengan Bumi dan dikatakan sejengkal berada daripada kepala manusia. Saintis menjangka matahari berusia 5,000 juta tahun dan pembakaran hidrogen ini juga dijangka mengambil masa sehingga 10,000 juta tahun, malah ia turut membimbangkan para saintis jika ia berlaku dalam masa yang terdekat.

Adakah kejadian fenomena ini telah dijangkakan atau satu keganjilan dalam ilmu astronomi?

Ia bukanlah satu keganjilan dalam dunia sains, cuma ia terlalu kompleks untuk dikaji dan diketahui bila ianya akan berlaku. Seperti yang kita ketahui, saintis Barat juga mengakui kebenaran matahari akan terbit dari sebelah barat dan ia akan berlaku kepada semua planet termasuk Bumi sendiri.

Apakah implikasi besar kepada pergerakan Bumi jika fenomena ini terjadi?

Pergerakan Bumi masih lagi seragam dan stabil. Cuma jika dibandingkan dengan Marikh, orbit Bumi lebih kecil daripada Marikh kerana Bumi berada dekat dengan matahari. Malah pergerakan bumi dipengaruhi oleh graviti bulan dan matahari kerana bulan berkaitan dengan proses air pasang surut laut. Jika berlaku sebarang kejadian atau perubahan pada bulan ia turut memberi kesan kepada Bumi yang akan mengakibatkan ketidakseimbangan sistem kepada Bumi.

Bolehkah para saintis mentarifkan bila akan berlakunya fenomena ini?

Fenomena ini masih di dalam kajian dan dijangka pada 2014 nanti satu komet yang besar akan berada lebih kurang 40 km laluannya dari Bumi. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada Bumi, malah penemuan kawah tinggalan asteroid di Chicxuclub, Semenanjung Yucatan kira-kira 322 km di Barat Cancun, Mexico, pada tahun 1991 telah membuktikan bahawa perkara ini pernah terjadi. Kawah dengan diameter selebar 160-240 km ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana diliputi sedimen sejak jutaan tahun lalu. Komet adalah asteroid yang merupakan objek angkasa bersaiz kecil dan tidak mempunyai bentuk yang khas. Permukaannya beku serta mengumpul debu dan batuan kecil dari angkasa dan jika ia sebesar gelanggang tenis kekuatan hentamannya pada Bumi adalah lima kali ganda daripada letupan atom yang berlaku di Hiroshima.

Fire Drill IPGM Tun Hussein Onn

Posted by Roselle





Aku baru jer balik dari latihan kebakaran yang stylo.hahaha. Ape la punyer maktab buat fire drill tengah-tengah pagi buta. Aku baru jer nak mimpi indah-indah tibe2 pulak siren berbunyi. Walaupun gambo kat atas tak menunjukkan langsung penglibatan aku dalam fire drill ni, tapi kire ok la untuk tatapan korang.. =p sape-sape boleh tolong tanyer kat en bob tak apasal tak wat fire drill time kuliah..pelik betul aku.

Kalau dah nama pencuri......

Posted by Roselle

Thursday, July 30, 2009

Pinkish gurl...

Posted by Roselle


Pernahkah anda melihat wanita ini? Jika anda rasa-rasa macam pernah lihat wanita ini, segera buat laporan dibalai raya berdekatan. Wanita ini yang lebih dikenali kerana menjadi model "Pinkish Gurl" ini dikatakan sering merayau-rayau disekitar bandar Batu Pahat. Beliau dikata mempunyai hubungan rapat dengan siri kartun "pink panter". Oleh itu, waspadalah jika anda bertembung, selisih bahu atau naik satu teksi dengan wanita ini...kerana anda mungkin antara mangsanya..jangan biarkan hidup anda diselubungi H1N1.... (terus masuk lagu tema misteri nusantara)