huhu...kepada kengkawan yang mengikuti blog ni, saya ni takla pandai nak menyayat ni, tapi nga try la nak mngalahkan ayat Roselle yang agak power gak ni....
boring btul malam ni...baru habis mark exam paper..sometimes tibe2 je rase boring idup ni,tapi pkr2 balik hidup mesti diteruskan...yang boringnye Roselle busy plak ngan KOMPANG die tu...jangan nakal ea...
kepada kawan2 Roselle tolong la tengok2 kan Roselle ni ea...kalo nakal belasah je dia...:P..
bilalah Roselle nak balik ni....penantian satu penyeksaan tau...
esok keje plak tu...bosan plak rasenye nak mengadap muke bdk2 tu..tapi terpaksala jugak, da name pun cikgu..angan2 nak jadi Doktor tapi Saintis pun ok gakla ...harap2 satu hari tercapai jugak impianku..
k la..macam da mengarut je ni...
see u tomorrow...
nite..
..:Bougainvillea:..
- Isu Semasa (24)
- Lawak (18)
- macam-macam (42)
- Motivasi (13)
- Tazkirah (8)
WELCOME TO ROSELLE BLOG
: :.....Pelawat Dalam Talian....: :
: :.... A.K.U ....: :
::..See it, Feel it...::
Mel as Bougainvillea
::.. Renungan ...::
: :....Jalur Gemilang.....: :
: :...Chit Chat...: :
: :.....Para Pengikut.....: :
Friends Link
Political Link
Labels
: :....2009 in Memories....: :
-
~BERSEDIA untuk RAMADHAN~12 years ago
-
aizatdreamer13 years ago
-
5 months pregnant!14 years ago
-
Magik Ramadhan14 years ago
-
sudah pindah16 years ago
-
-
: :....Masa Itu Emas....: :
: :.....Carian Blog.....: :
: :....Waktu Solat....: :
: :....English Section....: :
: :.....Daftar Sekarang.....: :
: :.....Blog Orang Lain.....: :
Wednesday, October 7, 2009
sambungan Part 1
Memang benar!" jawab Datok Temenggong." Kenapa bila anjing menggigit kaki awak pukul sampai mati?. Sepatutnya bila anjing itu menggigit kaki awak maka awak gigit pula kaki anjing itu," balas Datok Perpatih.Mendengar kata-kata itu, Datok Temenggong merasa marah lalu berlakulah cabar mencabar antara kedua-duanya. Untuk mengelakkan sengketa itu berpanjangan maka keduanya bersetuju meninggalkan negeri Padang Luas untuk membuka negeri baru.Maka Datok Perpatih dan Datok Temenggong pun menyediakan bahtera masing-masing untuk belayar meninggalkan negeri Padang Luas. Konon ceritanya, bahtera Datok Temenggong selamat dilancarkan ke laut dan terus belayar. Manakala bahtera Datok Perpatih tidak mahu dilancarkan ke laut. Walupun rakyat jelata di suruh beramai-ramai menolak bahtera itu namun tidak juga dapat bergerak.Pada malamnya Datok Perpatih bermimpi bahtera yang bernama "Geliong Panjang " itu tidak dapat dilancarkan kerana telah diduduki oleh "Jin Sakti Muno". Untuk melancarkannya maka terpaksalah digalangkan di bawah bahtera itu seorang perempuan yang mengandung sulung (bunting sulung).Maka pada keesokan harinya Datuk Perpatih menyuruh orang-orangnya mencari perempuan yang bunting sulung. Setelah puas mencari diserata negeri Padang Luas itu maka akhirnya didapati hanya ada dua orang sahaja yang sedang bunting sulung iaitu anak Datok Perpatih sendiri dan anak saudaranya yaang bernama Puteri Seri Banun. Adapun Puteri Seri Banun seorang yang baik hati dan sanggup berkorban dengan menawarkan dirinya menjadi penggalang kepada bahtera bapa saudaranya.
to be continue...
..:Bougainvillea:..
Pagi tadi aku bangun dr tidur dengan kemalasan yang amat sangat...tengok dah kul 6 pagi..ish..macam awal sgt kot..aku sambung tido..tup2 dah kul 6.30...dengan semangat diri yang seciput..aku mengagahkan diri yang xla gagah sangat untuk bangun gak menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim..wahima benda nie memang wajib...pukul 7.30..mel anto mesej kat aku nak bagi tau die nak g keje da..sejuk ati aku dapat bakal bini yang rajin keje..hahaha...tibe2 plak aku teringat ari nie ade kelas dengan Mr Rama n da geng (temasuk la Pn Zana ngan En Rosli..hehe)...huhuhuhu..baru aku teringat yang Mr. Rama suh siapkan draf tesis..aku plak xwat ape2 lagi..hohohoho!!!..mampus..
dengan perasaan gagah berani bak honey badger (klu korang nak tau honey badger tu aper..search jer la kat google ek..huhu) aku pun menyiapkan diri dengan pakaian yang agak kemas..persis nak ker tempat keje..hahaha..
sampai jer kat kelas..huh..memang hampeh..xsampai pun separuh yang datang..Pn Zana selaku otai kami dengan penuh rasa amarah yang membara menyaound budak2 yang xdatang kuliah..seb baik aku datang..padan muke korang..die ajak aku naik asrama jemput budak2 yang xdatang kelas supaya datang kelas..aku anggap beliau main2 jer ajak aku..xkan la die nak mencemarkan duli nak naik asrama budak2 lelaki yang pekat ngan bau stokin bola..huhu..
abes jer kelas aku balik la bilik...sedang aku asyik melayan cite Naruto Shippunden, tibe2 kadir dengan rasa cuak bak kene ketulahan datang kebilik aku..die kate "woih,,!! Pn zana ade datang bilik ko x?)buat pengetahuan kalian,,kadir adalah antara insan2 yang gagal menghadirkan diri semasa kuliah pagi tadi...biar betul..kata kau dalam ati..lecturer nek bilik suh datang kelas..ini sudah gempak..!!!...hahaha..pecah rekod..
malam plak aku menjalankan tanggungjawab mengajar adik2 junior men kompang...tak lame lagi nak KTP da..mel plak mcm besa la asyik tak puas ati jer klu aku ajar kompang..huhuhu..tapi xper...die takut ngan aku..hahaha..(rilek ea..=p)
walaupun bunyinyer mcm taik kambing yang masih hangat jatuh dipagi hari.,.tapi aku redha jer...bkn senang nak mahir ngan kompang..amik mase..aku pun teruja gak ngan semangat adik2 junior nie nak belajar kompang..ader gak pelapis lepas aku grad nanti..klu tak nanti..terkucil la en rauf nak carik pengganti..balun jer dik oi.... ape2 pun BALUN TETAP BALUN..!!!!
Tuesday, October 6, 2009
Asal usul Adat Perpatih...Part 1
Oleh kerana Roselle & Bougainvillea berasal dari negeri sembilan yang kaya dengan adat, kami ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang adat perpatih..
Menurut sejarahnya, Adat Perpatih berasal dari Pagar Ruyung Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Di namakan Adat Perpatih sempena nama orang yang menyusun dan membuat peraturan adat tersebut. Adat Perpatih di bawa ke Negeri Sembilan oleh orang-orang Minangkabau yang merantau ke Tanah Melayu.Menurut ceritanya, beratus tahun dahulu di Negeri Padang Luas, Pagar Ruyung Minangkabau ada dua orang adik beradik yang seibu tetapi berlainan bapa. Yang tua bernama Temenggong atau Datok Temenggong dan adiknya bernama Perpatih atau Datok Perpatih. Apabila keduanya sudah dewasa maka mereka pun merwarisi pemerintahan negeri Padang Luas.Walaupun mereka adik beradik tetapi berbeza pendapat terutama dalam cara pemerintahan. Kerana perbezaan pendapat itu menyebabkan selalu terjadi perbalahan antara Datok Temenggong dengan adiknya Datok Perpatih. Untuk mengelak terjadinya pergaduhan maka negeri Padang Luas terpaksa di bahagi kepada dua pemerintahan. Datok Temengong memerintah di bahagian pesisir pantai manakala Datok Perpatih berkuasa di bahagian daratan. Dengan itu kawasan pemerintahan Datok Temenggong memakai adat yang disusun oleh Datok Temenggong (Adat Temenggong) manakala kawasan Datok Perpatih memakai adat yang di susun oleh Datok Perpatih ( Adat Perpatih.)Antara Adat Temenggong dengan Adat Perpatih terdapat perbezaan terutama dalam soal pembahagian harta pusaka. Bagi Adat Temenggong, lelaki lebih banyak mendapat bahagia harta pusaka daripada perempuan manakala Adat Perpatih pula menyerahkan segala harta pusaka kepada anak perempuan.Pada suatu hari anjing Datok Perpatih telah menggigit kaki Datok Temenggong. Akibatnya anjing itu telah dipukul oleh Datuk Temenggong sehingga mati. Ini menimbulkan kemarahan Datok Perpatih. Dia segera berjumpa Datok Temenggong.
to be continue...
..:Bougainvillea:..
Apa khabar semua?
Bougainvillea terkejut jugak dengan berita hangat yang menyatakan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibekukan bermula 2010. Kenyataan ini sudah semestinya membimbangkan dan menyakitkan hati semua pihak terutama kepada pelatih guru. Bagi saya, jika betullah artikel ini, kerajaan memang tidak sepatutnya mengambil langkah sedemikian. Saya menyokong apa yang diperkatakan oleh Roselle..ini dah melanggar dasar 1 Malaysia ( rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan)..adakah ini slogan semata-mata?????......selaku rakyat Malaysia juga saya berharap kerajaan dapat memberikan yang terbaik kepada rakyatnya…
Kepada sume bakal guru di seluruh Malaysia, jangan mudah terpengaruh dengan khabar angin ini…ape yang penting adalah semangat juang korang untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi orang yang terdidik. Ape yang penting, teruskan usaha..semangat didahulukan , pancapaian dibanggakan….
ALL DA BEST…
..:Bougainvilliea:..
Monday, October 5, 2009
Artikel ni diambil daripada www.upsikini.blogspot.com
Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.
Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.
Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.
Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.
Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.
Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.
Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.
Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.
boleh percaya ke artikel ni..ape2 pun benda ni memang sudah gempar dikalangan guru2 pelatih. aku harap benda ni hanyalah rumor semata-mata..yela kesian kat adik2 junior nanti..klu mcm ni dah melanggar ngan dasar 1 malaysia dato' najib.. "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"...
