~....ROSELLE & BOUGAINVILLEA ....~

"Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice, it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved."

Friday, November 13, 2009

Fakta Menarik

Posted by Roselle

  • Nama tempat terpanjang di dunia ialah 'Taumatawhakatangih angakoauauotamat eaturipukakpikim aungahoronukupok ai- iwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah bukit di New Zealand .
  • Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.
  • Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
  • Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune .
  • Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.( Lepas ni kalo Mel geleng2 kepala fhm2 jela ea.. : p )
  • Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
  • Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
  • Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.
  • Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km10.
  • Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  • Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.( hati2 ea Roselle).
  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
  • Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
  • Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
  • Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.
  • Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  • Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
  • Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.
  • Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah.
  • Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
  • Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.
  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.(huhu...kalo gitu Roselle hidup 9 thn lebih lame la dari mel..)

..:Bougainvillea:..

Thursday, November 12, 2009

Aku Seorang Guru

Posted by Roselle

Sedar tak sedar dah hampir setahun aku bergelar seorang guru...huhu. Tinggal seminggu je lagi genaplah setahun aku bergelar seorang pendidik. Pendidik????? sebenarnya tak pernah terlintas pun aku akan menjadi seorang guru, pendidik, teacher, mahupun guru besar..akan tetapi atas semangat dan minat aku dalam bidang sains ini, kuteruskan jua cuba untuk mencurahkan segala ilmu yang kutuntut kepada anak murid yang disayangi....tidak pernah disangka juga aku yang jadi cikgu dulu dari Roselle, hehe....terima kasih yang tidak terhingga kepada Roselle yang banyak memberi dorongan, semangat dan tunjuk ajar...Thank You Very Much Xifu...


MASIH ku ingat lagi hari pertama aku masuk ke kelas..huhu. Cuak beb....dahla tak ada experience mengajar, tiba2 je kene ngajar, full in english pulak tu. Private school la katekan, tergeliat lidah aku ni ha...kalo ckp nogori tu boleh la den belasah...hahaha..mula2 secara jujurnye susah gak aku nak adapt dgn kerja ni, yela dulu bermesra2 dgn microscope, centrifuge, test tube, segala darah, sel dan tisu yang ada di dunia ni...tapi tiba2 pulak kene berhadapan dgn puluhan budak kecik, tak ke panic aku dibuatnye..nak je aku inject sorang2...kalau korang nk tau bulan pertama aku mengajar tu boleh dikatakan hari2 aku termimpi wajah2 ank muridku...siap mengajar lagi dalam mimpi..(kalo tak caye tanye Housemate ku, hahaha.lawak btul).

TApi sekarang..tengok siapa aku..Aku Seorang Guru tau....nothing impossible..
Dalam tempoh setahun ni mmg mencabar bagi aku. Aku dah expert wat lesson plan (sebelum ni tak tau pun ape2 pun), weekly scheme, meeting with parents (parents bkn calang2 org, datin n dato' tu)..aku pun dah bleh adapt bile kene marah dgn principle..(first time kene marah mmg tension, Roselle gak yg meng'cool'kan aku)....aku pun dah kenal mcm2 perangai n gelagat org..huh, mcm2...satu Malaysia la katekan...

MInggu ni mmg busy....sepatutnye da nak hbs skola ni bleh la tenang2kn fikiran ckit..tapi makin nak habis makin tension pulak. Lagi tension dari mengajar. Busy practice for Year End Concert utk Sabtu ni.. Dari pukul 8 sehingga 3 ptg tu....kerah tenaga la masing2..cpt la hbs!!!!
TAHUN depan...ermm aku rasa aku tetap menjadi pendidik lagi kot...aku pun dah bleh adapt dgn segala situsi. WALAUbagaimanapun aku tetap berusaha untuk mencapai impianku..huhhu.aku nak jadi SCientist...(skrg ni jd Saintis buat Roselle jela :P)
Tunggu dan lihat jela..
2010 wait for me..
Dream
Come
True
..bye..

..:Bougainvillea:..

Movie Hot Minggu Nieee..... 2012

Posted by Roselle




Pelakon : Amanda Peet, Chiwetel Ejiofor, Danny Glover, John Cusack
Pengarah : Roland Emmerich

Mase aku nengok cite nie,, gaya persembahan muvie nie agak same ngan filem Armageddon", "The Day After Tomorrow", "Earthqueake". cite nie bekisar pasal hari khiamat yang berlaku pada tahun 2012...cite nie best gak..padat ngan elemen yang membuatkan jiwa aku kagum ngan hasil kerja tangan Roland Emmerich.

tapi...ade tapi gak...ader gak bahagian yang tak logik..menyampah pun ader..cite nie agak lame nak berkembang..mase mula2 memang bosan sket sebab xder aksi sangat..biase la sebab filem nie pun durasi die 2jam 40minit..

kepada peminat2 muvie yang berkisar dengan fiksyen sains..jangan lepaskan peluang pegi panggung.....aku kasi 4 bintang dari 5 bintang kat muvie nie..

Wednesday, November 11, 2009

Movie Hot Minggu Nieee..... PHOBIA 2

Posted by Roselle



Filem terbaru dari negara jiran nie aku leh bagi 3 bintang dari 5 bintang. Best gak la sampaikan saudara Zayadi terjerit dalam panggung..hahaha...(wat malu aku jer..harap jer muke macam guru disiplin..) kalau korang ingat lagi sekual PHOBIA yang 1st..cite tu ader 4 part..tapi dalam cite tebaru arahan Banjong Pisanthanakun, Parkpoom Wongpoom, Paween Purikitpanya dengan Songyos Sugmakanan (ramai giler director..huhuhu) dan lakonan mantap dari Charlie Trairuth dan Jirayu La-ongmanee nie ader 5 part...tekejut gak aku..ingatkan ader 4 part jer..tapi aku boleh cakap filem nie sangat menarik dan die punyer effect memang gerun giler..sape2 yang belum nengok, bleh la pegi ke pawagam yang berhampiran dengan anda..klu nak sep budget, korang beli jer la DVD cetak rompak ea..hahahaha...

Salam Semua..

Posted by Roselle

Selamat Malam semua....

Rindunye kat blog ni, rasenye dah lame da Mel tak touch up..Roselle pun nak kate busy tak busy da kot..cume biasa la dgn alasan yg agak boleh diterima tu.."blog da kene block", its ok, aku memahami situasi yg melanda..so terpaksa la aku meneruskan perjuangan kami ni untuk terus mengupdate....kepada Roselle jgn ambil kesempatan ye..update tetap update..

Nampaknye 2009 hampir sampai ke penghujungnya...Camne korangnye impian dan azam thn ni?tercapai?any improvement?????ermmm...bagi Roselle&Bougainvellea rasanya ada byk yang berlaku thn ni...sedar tak sedar da setahun da..kejap sgt mase berlalu...bagi aku sendiri rasanye ada jugak azam yang tercapai..nak tau ape?????

TUNGGU....

..:Bougainvillea:..

Wednesday, November 4, 2009

Busy Bangat..!!!!

Posted by Roselle




Dah lame bangat aku rase aku x mengaktifkan diri dalam blogging nie. Aku terpakse menyiapkan assignment yang melambak dan sedang menanti due date. Kang kalau aku up-date blog, rase mcm xkeruan plak. Assignment xsiap lagi, tp bleh plak up-date blog. Mel plak semenjak lap-top beliau rosak, beliau terpaksa melupakan blog nie buat sementara waktu. Kesian kat die, nak wat keje pun susah. Aku pun xlame lagi dah nak grad dan tak tahu la sama ada aku mempunyai kesempatan seperti sekarang untuk meng"up-date"kan blog kesayangan aku ni. Insya Allah, aku akan cube memberi sedikit ruang masa untuk aku up-date blog nie dr semasa ke semasa. Mungkin bahan-bahan yang akan aku paparkan dimasa akan datang sedikit berubah. Lagi pun line internet kat IPGM aku nie pun hampeh gak. Ada ke blog pun die nak block gak. Block la facebook ker, myspace ker kan lagi berfaedah. Ape2 pun, terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan dan perli aku pasal da lame xupdate blog..hahahaha..terima kasih..