~....ROSELLE & BOUGAINVILLEA ....~

"Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice, it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved."

Saturday, July 25, 2009

Wanita Berpurdah Dilarang Naik Bas

Posted by Roselle


SYDNEY: Seorang wanita Muslim di Australia dilarang menaiki bas awam oleh pemandu kenderaan berkenaan semata-mata beliau memakai purdah. Ibu dua anak itu berkata, pemandu memberitahunya dia tidak dibenarkan memakai niqab bunga berwarna merah jambu yang menutup rambut dan bahagian bawah muka dan hanya dibenarkan naik selepas satu pertengkaran besar.

"Ketika saya menapak ke dalam bas pemandu berkata, "Anda tidak boleh naik bas sambil memakai topeng," katanya memberitahu akhbar Daily Telegraph semalam.


Apabila wanita itu menerangkan ia adalah pakaian keagamaan, pemandu bas menjawab: "Maaf ia adalah undang-undang.

"Saya memberitahunya ia bukan kerana undang-undang dan dia berkata, "Anda perlu menunjukkan muka kepada saya," katanya.

"Saya berkata kepadanya, "Tiada beza antara saya dan wanita yang duduk di dalam bas yang memilih untuk tidak memakai pakaian seperti saya," katanya.


Syarikat bas itu, Hillsbus, berkata pemandu disoal kerana dakwaan itu.

"Kami sedang menyiasat dan melakukannya seberapa segera yang boleh," kata seorang jurucakap.

Penduduk Islam mewakili 1.7 peratus daripada keseluruhan 22 juta penduduk Australia yang majoritinya beragama Kristian.

Sentimen anti-Islam memuncak di selatan Pantai Cronulla pada Disember 2005 apabila samseng kulit putih menyerang warga Lubnan Australia di sana dalam cubaan "mendapatkan semula pantai itu."

Rusuhan kaum terburuk di negara itu mencetuskan serangan balas apabila gereja, kedai dan kereta diserang. - AFP

Friday, July 24, 2009

Bidaan dara Duenos lebih RM11 juta

Posted by Roselle


VALENCIA - Bidaan dara seorang wanita yang berumur 28 tahun iaitu Evelyn Duenos dari Ecuador mencecah lebih £2 juta (RM11.72 juta), lapor sebuah akhbar semalam. Duenos menjual dara itu dengan tujuan untuk mencari wang bagi membiayai rawatan perubatan ibunya yang menghidap penyakit Alzheimer. Gadis itu yang kini menetap di Valencia, Sepanyol akan menggunakan sebahagian wang tersebut untuk membiayai pengajiannya dalam bidang perubatan. Duenos akan menyiarkan dokumen perubatan bagi membuktikan dia masih dara. Wanita itu berkata, pendapatannya sebagai seorang pembersih rumah di sini tidak dapat membantunya untuk menyimpan wang bagi membiayai rawatan ibunya. Duenos memberitahu, dia membaca iklan beberapa gadis lain yang menawarkan dara menyebabkan dia mahu melakukan perbuatan sama. (KOSMO, Jumaat, 24 Julai)


Bila saya terbaca berita ini di akhbar Kosmo, saya terfikir satu perkara.."alangkah senangnya kaum wanita sekarang nak mendapatkan duit"...dengan hanya menjual dara sahaja dah boleh dapat duit sebanyak 11 juta. Bila difikirkan semula, dimanakah letaknya harga diri seorang wanita zaman sekarang?




"SHAH ALAM: Dua beradik maut apabila motosikal mereka merempuh belakang sebuah teksi ketika cuba melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang eksekutif wanita di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kerjaya, Glenmarie di sini, semalam. Dalam kejadian jam 3.45 petang, dua beradik berusia 25 dan 30 tahun itu memecahkan cermin kiri Mercedes-Benz wanita berkenaan dan melarikan beg tangan mangsa ketika kereta itu berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Bagaimanapun, Junaili Abdul Hamid, 43, bertindak nekad mengejar peragut terbabit dan ketika cuba melarikan diri, motosikal dua beradik itu merempuh belakang sebuah teksi di persimpangan Jalan Batu Tiga Lama." (Berita Harian,Jumaat,24 Julai 2009)

Macam-macam hal yang berkaitan dengan peragut sekarang. Sedikit masa dulu negara kita digemparkan dengan kematian ibu yang sedang hamil akibat cedera parah diragut oleh manusia yang tidak berperi kemanusiaan. Lain pula ceritanya dengan dua beradik yang maut kerana meragut seorang wanita semalam. Kasihan sungguh kepada ibubapa mereka kerana kehilangan dua orang anak serentak. Tapi mungkin ada hikmah disebalik kejadian.

Tazkirah Jumaat

Posted by Roselle


Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. ” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Thursday, July 23, 2009

Hukuman sebat keatas wanita..

Posted by Roselle


Semua orang sudah sedia maklum berkenaan dengan kes Kartika ini. Wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang Isnin lalu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating. Ada segelintir pemimpin baik dari pihak kerajaan atau propembangkang kurang bersetuju dengan hukuman yang diberikan oleh mahkamah. Walaubagaimanapun, saya melihat isu ini dari aspek yang berlainan. Seperti yang tertera diakhbar, Kartika merupakan seorang bekas pelajar sekolah pondok. Persoalannya bagaimana seorang pelajar bekas sekolah pondok boleh melakukan kesalahan yang sangat memalukan ini?Mungkin benar hukuman yang diberikan oleh mahkamah adalah untuk mendidik beliau dan secara langsung memberi kesedaran terhadap orang lain. Fikirkanlah...

Bukan Senang nak jadi Senang

Posted by Roselle


Kadang-kadang Roselle ada terfikir tentang kecenderungan Roselle. Roselle menjadi keliru tentang minat dan apa yang sepatutnya diri ini lakukan. Bagaikan tumbuhan Roselle itu sendiri yang mempunyai banyak kegunaan dari segi perubatan. Perlukah ada sesuatu pemangkin dalam hidup kita bagi memastikan kita melakukan sesuatu yang sepatutnya? Blog ini sengaja diwujudkan setelah penulis tertarik dengan beraneka macam blog yang wujud didalam ruang siber ini. Penulis sengaja menggunakan nama "Roselle" kerana bermacam-macam maksud. Diharap dengan ada Blog ini akan menjadi satu cabang pemangkin dalam hidup penulis...SAYONARA....