~....ROSELLE & BOUGAINVILLEA ....~

"Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice, it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved."

Saturday, July 25, 2009

Wanita Berpurdah Dilarang Naik Bas

Posted by Roselle


SYDNEY: Seorang wanita Muslim di Australia dilarang menaiki bas awam oleh pemandu kenderaan berkenaan semata-mata beliau memakai purdah. Ibu dua anak itu berkata, pemandu memberitahunya dia tidak dibenarkan memakai niqab bunga berwarna merah jambu yang menutup rambut dan bahagian bawah muka dan hanya dibenarkan naik selepas satu pertengkaran besar.

"Ketika saya menapak ke dalam bas pemandu berkata, "Anda tidak boleh naik bas sambil memakai topeng," katanya memberitahu akhbar Daily Telegraph semalam.


Apabila wanita itu menerangkan ia adalah pakaian keagamaan, pemandu bas menjawab: "Maaf ia adalah undang-undang.

"Saya memberitahunya ia bukan kerana undang-undang dan dia berkata, "Anda perlu menunjukkan muka kepada saya," katanya.

"Saya berkata kepadanya, "Tiada beza antara saya dan wanita yang duduk di dalam bas yang memilih untuk tidak memakai pakaian seperti saya," katanya.


Syarikat bas itu, Hillsbus, berkata pemandu disoal kerana dakwaan itu.

"Kami sedang menyiasat dan melakukannya seberapa segera yang boleh," kata seorang jurucakap.

Penduduk Islam mewakili 1.7 peratus daripada keseluruhan 22 juta penduduk Australia yang majoritinya beragama Kristian.

Sentimen anti-Islam memuncak di selatan Pantai Cronulla pada Disember 2005 apabila samseng kulit putih menyerang warga Lubnan Australia di sana dalam cubaan "mendapatkan semula pantai itu."

Rusuhan kaum terburuk di negara itu mencetuskan serangan balas apabila gereja, kedai dan kereta diserang. - AFP

0 comments:

Post a Comment