~....ROSELLE & BOUGAINVILLEA ....~

"Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice, it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved."

Thursday, October 8, 2009

Asal Usul Adat Perpatih (Final)

Posted by Roselle

Final...

Mengikut cerita selanjutnya, Puteri Seri Banun yang sedang bunting sulung itu pun di baringkan di bawah bahtera itu sebagai penggalangnya. Kemudian orang ramai menolak bahtera itu ke air. Tetapi dengan takdir Tuhan, ketika bahtera itu ditolak oleh orang ramai maka satu keajaipan berlaku dimana bahtera itu terangkat sendiri lalu masuk ke dalam laut. Ada yang percaya Jin Sakti Muno yang mengangkat dan menolak bahtera itu ke laut kerana syarat telah dipenuhi.. Dengan ini terselamatlah Puteri Seri Banun dari menjadi korban bahtera tersebut. Dan sebaik sahaja bahtera itu berjaya dilancarkan maka Seri banun pun melahirkan seorang anak lelaki lalu di beri nama Batin menggalang.Setelah lama belayar akhirnya Datok Perpatih sampai ke Negeri Sembilan lalu mereka pun mencari kawasan yang sesuai untuk membuka negeri. Setelah perkampungan baru berjaya diwujudkan maka Datok Perpatih telah menyusun semula adat perpatih untuk disesuaikan dengan keadaan setempat. Antara peraturan baru yang diguna pakai oleh Adat Perpatih ialah segala harta pesaka hendaklah diserahkan kepada anak perempuan. Ini sebagai mengenang jasa Seri Banun yang sanggup menjadi penggalang bahtera Datok Perpatih.berkorban untuk bapa saudaranya Datok Perpatih.Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku-suku atau keluarga.Suku-suku tersebut seperti berikut:Suku Biduanda (dondo)Batu Hampar (Tompar)Paya Kumbuh (Payo Kumboh)MungkalTiga NenekSeri Melenggang (Somolenggang)Seri Lemak (Solomak)Batu BelangTanah DatarAnak AchehAnak MelakaTiga BatuIni dinyatakan dalam sebuah gurindam yang berbunyi:Raja beralamPenghulu berluakLembaga berlingkunganBuapak beranak buahAnak buah duduk bersuku-sukuBerapa sukunya?Dua Belas!

..:Bougainvillea:..

0 comments:

Post a Comment